Saya sudah membaca jawapan kerajaan negeri kepada pertanyaan yang - TopicsExpress



          

Saya sudah membaca jawapan kerajaan negeri kepada pertanyaan yang ditimbulkan oleh YB Dato Husam Musa dalam sidang DUN semalam. Saya juga telah mendapat maklumat lanjut dari YB-YB dan juga kawan-kawan yang hadir dalam persidangan DUN semasa penggulungan dibuat oleh kerajaan negeri. Secara umumnya, mereka yang hadir berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh YAB MB, khususnya berkaitan dengan dakwaan tentang kelulusan tanah balak seluas 3,500 ekar di Hulu Sat, Machang (daerah kelahiran saya). Kata MB, kawasan itu belum diluluskan dan masih lagi dalam penilaian. Pun begitu, masih ada lagi beberapa isu substantif yang ditimbulkan oleh Adun Salor berkaitan dengan Hudud, perlombongan, PAC, air dan lebuh raya rakyat yang memerlukan penjelasan lanjut. Saya sengaja tidak mengulasnya di sini kerana mahu mendapat jawapan langsung daripada kerajaan negeri semasa saya balik ke Kota Bharu nanti. Semestinya, jika berkaitan saya akan laporkan kepada sahabat hasil pertemuan tersebut. Alhamdulillah, tiga hari lepas, saya dan Dato’ TMB Kelantan telah bersetuju untuk bertemu pada jam 10 pagi 14 Oktober ini. Saya harap pada masa yang sama juga saya dapat bertemu mata dengan Dato’ MB Kelantan untuk berbincang perkara yang sama. Bukan itu sahaja, saya akan timbulkan masalah berkaitan dengan pentadbiran kerajaan tempatan, pengurusan tanah, perumahan rakyat, pertanian dan penternakan, pelancongan dan usaha kerajaan negeri untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Sekiranya sahabat semua mempunyai soalan yang ingin saya bangkitkan dengan kepimpinan kerajaan negeri serta cadangan yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri, saya mohon supaya cadangan tesebut dihantar ke inbox saya atau berikan komen berhemah di sini. Insya’ Allah saya akan menyampaikan amanah itu ke pengetahuan kerajaan negeri. Demi rakyat dan negeri, saya akan bersama sahabat semua dalam perjuangan ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.
Posted on: Wed, 09 Oct 2013 19:22:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015