Sehingga jam 12.00 tengahari, 1 September 2013, pemulihan bekalan - TopicsExpress



          

Sehingga jam 12.00 tengahari, 1 September 2013, pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan pengguna yang terlibat di dalam wilayah-wilayah tersebut sudah mencapai ke tahap yang memberangsangkan walaupun masih ada kawasan-kawasan yang mengalami tekanan air rendah. Sehubungan itu, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, hanya beberapa kawasan di empat (4) wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah manakala bekalan air telah pulih sepenuhnya di wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang terlibat sebelum ini. Pencapaian ini hasil dari usaha berterusan pihak SYABAS di dalam memantau dan mengendaliurus program pemulihan bekalan air termasuk mendapatkan kerjasama dari operator loji rawatan air berkenaan bagi mengoperasikan loji-loji rawatan air tersebut ke tahap maksima dan overload selepas ianya beroperasi semula. Oleh yang demikian, jumlah akaun pengguna yang terjejas telah menurun pantas kepada 194,949 akaun yang merupakan hanya 13% daripada jumlah akaun pengguna yang terjejas sebelum ini berbanding dengan kira-kira sejumlah 880,000 akaun atau pun 60% sepertimana dilaporkan sebelum ini pada 31 Ogos 2013. Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti bekalan air masih belum pulih adalah seperti berikut:- WILAYAH KLANG/SHAH ALAM 1 Seksyen 22 2 Seksyen 25 3 Seksyen 26 4 Seksyen 27 5 Seksyen 28 6 Kampung Kebun Bunga 7 Kampung Baru Hicom 8 Subang Mas 9 Batu 3 Shah Alam 10 Batu 8 Bkt Kemuning 11 Bukit Naga 12 Kampung Lombong 13 Jalan Kebun 14 UEP & USJ Subang 15 Sri Lembayung 16 Seksyen 32 17 Seksyen 33 18 Bandar Putera 19 Putra Heights 20 Bukit Lanchong 21 Seksyen 26 22 Seksyen 27 23 Seksyen 28 24 Pangsapuri Tmn Sri Tanjung Jalan Keramat 26/34 25 Sri Hijauan Condo Jalan Bkt Hijau 26/24 26 Pangsapuri Anggerik Jalan Sg Limau 26/36 27 Pangsapuri Taman Bunga Negara Jalan 27/27a 28 Pangsapuri Sri Ixora Jalan Perimbun 27/11 29 Flat Proton Jalan 27/1 30 Pangsapuri Sri Angkasa Jalan Kanchung Darat 28/7 Jumlah akaun: 100,769 WILAYAH GOMBAK 1 Ampang Jaya 2 AU1 3 AU2 4 AU3 5 AU4 6 AU5 7 Bandar Baru Ampang 8 Bukit Antarabangsa 9 Bukit Indah 10 Kampung Datuk Keramat 11 Jalan Hulu Kelang 12 Jalan Ampang 13 Kemensah Heights 14 Kampung Ampang Campuran 15 Kampung Baru Ampang 16 Kampung Klang Gates 17 Kampung Melayu Ampang 18 Kampung Tasek Permai 19 Taman Melawati 20 Taman Sri Rampai 21 Sering Ukay 22 Setapak Jaya 23 Taman Ampang 24 Taman Pandan Ria Ampang 25 Taman Permai Jaya Ampang 26 Taman Tasek Tambahan 27 Taman Bkt Jaya 28 Taman Bkt Kemensah 29 Taman Bkt Utama 30 Taman Cahaya Indah 31 Taman Dagang Jaya 32 Taman Desa Setapak 33 Taman Kosas 34 Taman Permata 35 Prima Melawati 36 Taman Rasmi Jaya 37 Taman Setiawangsa 38 Taman Sri Keramat 39 Wangsa Melawati 40 Wangsa Ukay 41 Taman Zooview 42 Kampung Kemensah 43 Bandar Sri Damansara 44 Bukit Maluri 45 Bandar Manjalara 46 Sunway SPK Jumlah akaun: 22,300 WILAYAH PETALING 1 Jalan SS1 2 Jalan SS2 3 Sebahagian Jalan SS3 4 Sebahagian Jalan SS4 5 Jalan SS5 6 Jalan SS6 7 Jalan SS4C 8 Jalan SS4D 9 Jalan SS1915 10 Jalan SS3C 11 Apartment Keranji 12 Desa Petaling 13 Salak Selatan 14 Apartment Desa Aman Vintage 15 Bandar Puchong Jaya (Apartment) Jumlah akaun: 22,300 WILAYAH KUALA LUMPUR 1 Taman Sri Hartamas 2 Kiaraview 3 Kiaramas 4 Taman Duta Nusantara 5 Taman Duta Tropika 6 Hartamas Height 7 Jalan U Thant 8 Ampang Hilir 9 Taman Pandan Jaya 10 Taman Cempaka 11 Taman Bakti 12 Taman Nirwana 13 Kampung Pandan Dalam 14 Taman Cahaya 15 Pandan Cahaya 16 Taman Dagang 17 Taman Shamelin 18 Kelab Golf DiRaja Selangor 19 Bukit Kiara Resort 20 Pusat Sukan Kiara 21 Pusat Sains Negara 22 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 23 Suruhanjaya Sekuriti 24 Pusat Konvensyen Sime Darby 25 Sebahagian kawasan Bukit Damansara:- • Jalan Segambir • Jalan Belimbing • Jalan Setiabistari • Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12. • Jalan Setiabudi • Jalan Setiarasa • Jalan Setiaraya • Jalan Setiajaya • Jalan Medan Sakti • Jalan Setiabakti • Jalan Setiakasih • Plaza Damansara • Taman Beringin Jumlah akaun: 17,000 JUMLAH KESELURUHAN AKAUN : 194,949 Pihak SYABAS memang telah menjangkakan tempoh pemulihan bekalan air di semua kawasan gangguan yang terlibat memakan masa yang agak panjang walaupun kesemua yang terlibat telah beroperasi semula sepenuhnya di tahap maksimum dan melebihi kapasiti (‘overload’). Ini adalah disebabkan rezab kapasiti bekalan air terawat yang kecil pada kadar sekitar 1% sahaja. Ini dapat dilihat dengan keadaan bahawa pengeluaran terawat setiap hari hanya hampir-hampir cukup untuk menampong permintaan harian sahaja, dan tidak ada kapasiti lebihan untuk mengisi kolam-kolam air yang sudah menjadi kosong disebabkan hentitugas loji-loji rawatan air tersebut sebelum ini. SYABAS juga akan terus memantau dan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu. Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna, pihak SYABAS terus menggerakkan kesemua sumber-sumber yang ada bagi membantu menghantar bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik. Sehingga kini, sebanyak 316 trip penghantaran lori tangki telah digerakkan, manakala sejumlah 176 buah tangki air statik pula telah diletakkan di lokasi-lokasi yang strategik di 4 buah wilayah yang masih lagi terganggu iaitu di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling dan Klang/Shah Alam. Daripada keseluruhan 57 lori-lori tangki yang digerakkan pula, sejumlah 15 buah lori tangki merupakan bantuan dari negeri-negeri lain iaitu Syarikat Air Johor (6 buah), Lembaga Air Perak (6 buah) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (3 buah), termasuklah sebuah lori tangki dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Turut membantu adalah dari Pasukan Rejimen 60 Angkatan Tentera Malaysia (RAJD) yang turut menyediakan sejumlah 7 buah lori kargo air. Walau bagaimanapun, ingin memaklumkan sekali lagi bahawa, pihak SYABAS tidak dapat menyediakan sumber yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua pengguna terlibat kerana jumlah pengguna yang terlibat adalah sangat ramai. Sehubungan itu, bantuan bekalan air akan lebih ditumpukan kepada premis-premis dan keperluan seperti hospital dan pusat perubatan, pusat-pusat dailisis, masjid-masjid dan majlis kematian untuk pemandian jenazah. Pada masa yang sama, sistem Pusat Perhubungan SYABAS (PUSPEL) juga tidak dapat menerima kesemua panggilan kerana jumlah panggilan adalah terlalu banyak dan serentak. Oleh yang demikian, para pengguna yang terlibat dinasihatkan agar bersabar dan menggunakan bekalan air yang diterima untuk tujuan utama sahaja. Sementara itu, pihak SYABAS juga terus menggerakkan kakitangan tambahan dari berbagai jabatan dan unit serta wilayah-wilayah SYABAS bagi memantau, mengurus dan melaksanakan operasi Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah 24 jam sehari secara bergilir. Secara keseluruhan, SYABAS telah menggerakkan 810 orang kakitangan, dan usaha ini turut mendapat bantuan dari empat belas (14) anggota Pasukan Rejimen 60 Angkatan Tentera Malaysia (RAJD), bagi membantu semua pengguna yang terjejas disebabkan oleh gangguan ini. Pendekatan ini dilakukan bagi memastikan kesulitan pengguna semasa gangguan bekalan air tidak berjadual ini dapat dikurangkan di samping juga berperanan sebagai sumber interaksi dengan pengguna di tapak. Sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala, pihak SYABAS akan terus memantau situasi dan memaklumkan perkembangan selanjutnya kepada orang ramai dari masa ke semasa.
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 06:35:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015