Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional - TopicsExpress



          

Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu. “Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan. “Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja. "Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional. Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 15:41:01 +0000

Trending Topics



Hello, my name is Johan Peter Jønsson. I study Documentary
...a takie informacje z 3city: "Bezprecedensową decyzję podjął

Recently Viewed Topics




© 2015