Semalam merupakan hari Khamis, malam Jumaat. Malam yang mana - TopicsExpress



          

Semalam merupakan hari Khamis, malam Jumaat. Malam yang mana Rasuallah baca surah Al-Kahfi. Surah Al-Kahfi ada menyebut tentang segolongan pemuda yang masuk ke dalam gua untuk menyelamatkan iman mereka dari kezaliman pemerintah. Dan ada disebut dalam surah tersebut yang mereka ditidurkan oleh Allah dalam gua tersebut selama beberapa ratus tahun. Di sini ada beberapa theori yang mana ilmuan Islam memikirkan dari sudut sains. Salah satunya, dalam gua tersebut, ada aliran udara yang sejuk yang mana semasa mereka tidur dalam gua tersebut, Allah menggerakkan mereka (mereka bergolek dalam tidur) ke tempat yang sejuk (selesa) . Ini menyebabkan sentiasa dalam keadaan berhibernasi. Terlintas di fikiran ketika mendengar teori itu, mungkin Allah menyediakan natural cryogenic capsule yang menyebabkan mereka boleh berhibernasi selama beratus tahun. Beberapa organisma seperti salamander, katak kayu, dan snapping turtle antara yang boleh menjalankan cryopreservation secara semulajadi. Jika diizinkan Allah, tidak mustahil perkara tersebut berlaku kepada pemuda-pemuda tersebut sewaktu mereka tidur.
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 04:31:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015