Semalam saya berjumpa seorang pesakit, yg masih muda, in his - TopicsExpress



          

Semalam saya berjumpa seorang pesakit, yg masih muda, in his twenties. Ada nephrotic syndrome. Apa yg menarik tentang pt ni ialah dia adalah bodyguard kepada seorg politician & kerjanya yg tak menentu masa membuatkan dia non compliance to medication dan follow up. Dia admitted pun sebab tak tahan bila badan bengkak-bengkak... Sebelum admitted, dia dah pegi massage, dgn harapan nak susutkan bengkak tu... Bila tak susut juga, baru la dia ke hospital. Saya mula tu dengar ibu pesakit ada slang Indon, tp pt cakap BM fasih...saya check nombor IC dia, rupanya dia warganegara... Parents saja Indon, sbb lahir kat Msia jd warganegara la dia. Sebelum saya bercakap dgn pt, Sister kat wad tu dah cakap, "Datin tengoklah apa yg tak kena, pt ckp dia makan ubat, tapi kalau tgkkan fluid overload, macam tak ambik saja ubat.." Pt sepatutnya berat 55 kg, semasa kat wad berat dia 72 kg, so banyaklah sangat air dlm badan yg berlebihan. Saya tanya dia, "Kenapa banyak sangat air dlm badan ni?" Pt jawab, "Entahlah...makan ubat pun, mcm ni juga, mungkin ubat tu tak ada kesan utk badan saya." Saya tanya lagi, "Boleh tidur sambil berbaring?" Dia jwb, "Mana boleh... Sesak nafas... Saya tidur sambil duduk gini (sambil tunjuk gaya tidur dia)... Kalau baring straight, nafas berbunyi...lepas tu batuk-batuk sampai muntah." Saya kata, " Tak cukup oksigen la tu, cuba tgk gambar doktor lukis ni, dua-dua belah paru-paru ada air." Dia kata, "Oh ya ka?" Sekarang ni Datuk politician tu bagi dia cuti. Bila saya tanya waktu bekerja dia, dia jawab, "Ikut Datuk la...kami bertiga bodyguard, kerja sampai mlm, sampai Datuk selesai urusan." Saya tanya dia, "So duduk dgn 2 bodyguard lain?" Dia jwb, "Duduk rumah Datuk, ada rumah pekerja." Dia makan kat luar, makan kuat, 4 kali sehari makan nasi... Semua diaorg background komando...so mmg boleh makan banyak. Dia kata, "Kalau makan sikit, mana kuat nak jd bodyguard." Dia mmg tak faham langsung pasal penyakit dia, tu yg dia defaulted... Dia tahu kalau bengkak, tak selesa, dtg hospital. Saya pun explained pasal condition dia...pasal kolesterol dia yg 12++, sgt tinggi, ciri biasa utk nephrotic syndrome. Bila saya buat checklist, semua favourite foods dia menyumbang kepada pengumpulan air... Ikan masin, instant noodle, ikan bilis petai, kerepek-kerepek dan macam-macam lagi.... Kat bedside dia pun ada nasi lemak... Bila saya kata kolesterol dia sgt tinggi, dia mcm tak faham juga dgn value 12++ tu... Saya kata, "Normal value biasa 5.2 atau kurang, ni dah berkali ganda tinggi." Dia jawab, "Oh" Banyak la dia nak kena ubah... Bila tanya pasal ubat, dia jwb, "Saya makan, tapi malam saja." Saya tanya, "Kenapa?" Dia selamba jer jawab, "Sebab ubat kan mengantuk, makan siang, nanti mcmmana nak kerja." Saya tanya dia, "Siapa kata ubat mengantuk?" Dia jwb, "Dari kecil lg saya faham yg ubat mengantuk." Aduhai...banyakla yg si mamat ni x faham.... Saya kata, "Tu la, makan masin sangat, dah la tu ubat ambik tak cukup...patutlah sampai berbelas kilo lebih air dlm badan! Nanti saya cari Pharmacist, suruh explained pasal ubat ni, tak clear tanya dia....suruh dia tulis kegunaan setiap ubat." Saya pun pegi cubicle sebelah panggil Parmacist, explain kat Pharmacist psl pt tu, minta dia detail kan psl ubat.... Kalau tak faham mmg sampai bila pun pt akan keluar masuk wad. Lama juga lah saya dok advised pt ni.... Sampai last-last dia macam boleh accept la apa yg dia buat silap... Last sekali dia kata, "Hmm...saya akan cuba jaga, tak nak la bengkak gini, sampai private part pun bengkak. Sebelum masuk hospital, saya duduk depan cermin, dok cari idea, kenapalah saya jadi mcm ni, ni saya dah faham." Saya kata, "So jaga makan, jaga ubat....u muda lagi." Itulah pesakit..kadang tu dia tak faham...sebab tu dia x comply... Kesian juga tengok dia...
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 05:08:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015