Semalam seperti biasa pergi jumpa Prof. Mae Lynn di HUKM untuk - TopicsExpress



          

Semalam seperti biasa pergi jumpa Prof. Mae Lynn di HUKM untuk routine check-up sebelum masuk OT esok. Keputusan yg diterima ada suka ada duka. Mata kanan ada improvement katanya sebab cist yg banyak aritu dah berkurang...(hrmm mmg betul pun sebab seminggu dua ni dah boleh berFB..he..he tapi tak boleh kerap sangat sebab mata kena rehat...) Oleh sebab tu, mata kanan hanya perlu diobserve je dan tak perlu injection yg mana sepatutnya harus melalui 6X suntikan dengan kos RM2500 utk sekali inject. Alhamdulillah. Yang dukanya esok aku harus melalui prosedure pembedahan untuk membuang silikon oil yg kental tu dan Prof cakap ada peratusan yg retina kembali tertanggal dan sekiranya tertanggal aku harus melalui prosedur seperti operation pertama dan kena mengikut posture tertentu. Kalo yg first kena tidur dalam keadaan duduk 90 darjah selama 22 jam sehari untuk tempoh 2 minggu kali ini minyak akan dimasukkan dan aku kena tidur dalam keadaan meniarap selama 22 jam sehari untuk tempoh 2-3 minggu...adoi rasanya aku tak sanggup. Demi Allah...pada saat ini aku berasa sangat gentar utk melalui hari esok Ya Allah permudahkan segala urusan ku. Berikanlah kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada hamba mu ini untuk menghadapi dugaan ini. Ya Allah janganlah aku diduga dengan sesuatu yang di luar kemampuanku... Amin. Kawan2...aku tidak mengharapkan apa-apa dari kalian...sekadar memohon keikhlasan untuk mengaminkan doaku... TERIMA KASIH.
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 07:07:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015