Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar Firman Allah - TopicsExpress



          

Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45). Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan solat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.Kita mesti yakin bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah Taala itu mampu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.Orang Islam yang tidak menunaikan solat amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara keji dan mungkar.Sekiranya kita mengamati waktu-waktu solat yang telah diwajibkan kepada kita iaitu Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak akan menyebabkan kita merasakan tidak ada ruang untuk membuat kemungkaran kerana hampir setiap masa dan ketika kita mendekati Allah Azzawajalla. Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita seharian.Selain hikmah yang disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat Islam menjadi pengurus yang baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh berkenaan hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 06:14:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015