Seperti yang pernah saya sebutkan dalam post yang lepas, - TopicsExpress



          

Seperti yang pernah saya sebutkan dalam post yang lepas, perniagaan pertama saya ialah eBay (masih berjalan sehingga kini). Yang kedua ialah blogging. Make money with blog. dengan blogging saya menjana pendapatan melalui program affiliate & perkhidmatan. Blog pertama saya ialah syedhafidz, kemudian 7figsblueprint.net, CBproductreview dan myliltot.net. Semuanya berkisar mengenai perniagaan, motivasi & review produk. Tinggal kenangan. Semua blog ini hanya bertahan paling lama 3 tahun sebelum tamat perkhidmatan. Antara kelemahan pengurusan blog yang saya alami ialah : 1) Kekangan masa. Saya masih belajar pada masa tu menjadikan masa yang begitu singkat untuk blogging. 2) Kurang fokus. Pada masa itu fokus saya terarah kepada perniagaan eBay & building list. Fokus untuk blogging hampir tiada. 3) Tiada direction. Saya tidak treat blogging sebagai salah satu entiti perniagaan sebaliknya sebagai private diary menyebabkan blog berkenaan tiada perancangan & tiada perkembangan signifikan. 4) Tiada Jamaah. Akibat terlalu berkira, saya rela buat semua kerja sendiri. Saya tiada team yang betul-betul bekerja & merancang untuk membangunkan projek blogging. Akhirnya, blog saya tersungkur satu persatu. Sebelum saya terlibat dengan perniagaan hari ini, saya telah mencuba beberapa model perniagaan. Ada yang masih maintain, dan ada juga yang terkubur tak bertanda. Daripada coretan ringkas ini, saya harap anda dapat meneliti kelemahan-kelemahan yang pernah saya lakukan. Ianya common error, kesilapan berulang-ulang kebanyakkan usahawan. Cuba elakkan. p/s : Orang kata, nak berjaya kena belajar dengan orang yang berjaya. Pada saya tidak, belajar dengan semua :- orang berjaya, gagal, tak pernah buat (teori je lebih), ambil je :)
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 10:25:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015