Seronok hujan turun ni… tapi ada juga yang tak - TopicsExpress



          

Seronok hujan turun ni… tapi ada juga yang tak seronoknya… Dulu masa di Peshawar, hujan turun jadi cam pesta. Di Karachi, lagi gile, depa siap nyanyi dan joget bawak drum. (tengok filem Lagaan – Amir Khan – nanti korang faham) Hujan nie membawa banyak rahmat… dan orang selalu kata kemarau setahun dapat dihapus dengan hujan sehari. Tapi, terlalu banyak hujan boleh jadi mudarat juga. Boleh jadi banjir, boleh jadi barang-barang hanyut. Rumah lama aku di dulu pernah kena musibah banjir je, tak naik tinggi pun, paras buku lali je, tapi penatnya… nak membersihkan balik barang-barang yang terkena air, banyakknya cam buku dan bantal, baju aku kena buang je… tak leh nak kembali ke warna asal. Tapi aku masih syukur, kerana rumah aku tak lah tenggelam seperti separuh rumah orang di kawasan bencana banjir yang memaksa diaorang sehingga panjat bumbung. Hujan sentiasa mengingatkan aku pada masa silam ku. Ada sahabat yang demam kerana bermain hujan, ada juga aku terlibat membantu org kemalangan jalan raya akibat cuaca buruk. Aku suka main bola dalam hujan, lagi lebat lagi best… Aku pernah camping dalam hujan, habis khemah basah Aku pernah jungle trekking dalam hujan, takut… dahan pokok jatuh besar-besar Hujan, mungkin rahmat pada penjual payung dan baju hujan juga… Hujan adalah rahmat kepada katak – inilah musim dan masanya untuk menambahkan zuriat, tetapi malang dan bencana kepada tikus dan cencurut kerana terpaksa berpindah randah mencari kawasan yang sesuai. ALlah telah memberikan tanda kedatangan hujan dengan pelbagai cara "alami". Cara mudahnya ialah dengan melihat pergerakkan semut. Bila semut pindah sarang – ada sesuatu akan berlaku. Yang lain, bila burung layang-layang terbang itu tandanya hujan nak turun, awas… pepatah Melayu ada berkata "mendengar guruh dilangit, air setempayan dicurahkan"… guruh bukan petanda nak hujan ya… Hujan mengingatkan aku pada banyak peristiwa, umpamanya Majlis Pernikahan kawan aku ditepi pantai… dari awal sampai habis hujan je… kami cuci periuk dalam hujan… hmmm Lagi hujan, lagi banyak katak melompat… melalut lah pulak.. Cukuplah citer hujan aku.
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 12:39:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015