Soalan Lazim tentang Biocera Jug 1. Kenapakah air sangat penting - TopicsExpress



          

Soalan Lazim tentang Biocera Jug 1. Kenapakah air sangat penting kepada kita? Air ialah salah satu perkara yang paling penting di dalam kehidupan. Tubuh manusia juga terdiri daripada 70% air, kita boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan tetapi jika tanpa air, kita cuma boleh hidup beberapa hari sahaja. 2. Pengambilan air saya adalah sebanyak 2 liter sehari, adakah itu sudah mencukupi? Memang benar bahawa seseorang individu perlu mengambil air sebanyak 2 liter sehari. Walaubagaimana pun, terdapat banyak diskusi mengenai kualiti air sejak kebelakangan ini. Ini adalah kerana terdapat banyak bekalan air yang tidak sempurna ataupun telah dicemari oleh bahan kimia berbahaya. Pakar kesihatan percaya air paip yang berkualiti rendah boleh menjejaskan kesihatan, lebih-lebih lagi sekiranya kita bergantung kepada air paip sebagai bekalan air utama. 3. Air jenis apakah yang patut saya minum? Dr Jeon Hyoung Tag, salah seorang saintis terkemuka di Korea, yang terkenal dengan kajiannya mengenai air minuman, menyarankan pengambilan Air Antioksidan Beralkali Biocera sebagai air minuman untuk mengembalikan keseimbangan pH dan meneutralkan radikal bebas untuk memaksimakan perlindungan kesihatan. 4. Apakah Air Antioksidan Beralkali Biocera? Air Antioksidan Beralkali Biocera ialah air tapisan yang berkualiti ditapis oleh Sistem Penapisan Air Antioksidan Beralkali Biocera, berhasil dari kajian 10 tahun Dr Jeon Hyoung Tag. Dengan penggunaan bebola Seramik Biocera yang telah dipatenkan, bebola sistem penapisan ini menghilangkan kotoran dalam air termasuk mikroorganisma, sisa kimia, logam berat dan pada masa yang sama menghasilkan bahan-bahan berkhasiat seperti bahan antioksidan dan garam galian untuk kesihatan tubuh. 5. Siapakah Dr Jeon Hyoung Tag? Dr Jeon Hyoung Tag ialah pengasas sistem penapisan ini di mana beliau telah banyak memenangi anugerah yang berprestij termasuk Anugerah Kepintaran diberi oleh Presiden Korea. 6. Adakah Air Antioksidan Beralkali Biocera selamat diminum? Air Antioksidan Beralkali Biocera bukan sahaja selamat diminum malahan ia amat baik untuk kesihatan tubuh anda. Sistem Penapisan Air Antioksidan Beralkali Biocera ini telah disahkan oleh’Food and Drug Administrationof America’ dan Persatuan Kualiti Air (’Water Quality Association’, WQA). Sistem ini juga merupakan satu-satunya sistem penapisan air yang mendapat pengiktirafan daripada ’The Korean Food and Drug Administration’ sebagai sistem penapisan yang menghasilkan air beralkali (pH antara 8.5 dan 9.5) dan kaya dengan bahan antioksidan. Ditambah lagi dengan gugusan air yang kecil (51.497Hz), air ini membantu menghidratkan sel-sel anda dengan lebih berkesan. 7. Perlukah saya terus meminum Air Antioksidan Beralkali Biocera? Air yang telah ditapis dengan menggunakan sistem penapisan ini adalah lebih elok diminum dalam masa beberapa jam untuk faedah yang maksima. 8. Bolehkah saya menyimpan Air Antioksidan Beralkali Biocera di dalam botol? Anda boleh berbuat demikian. Air Antioksidan Beralkali Biocera ini tahan lama apabila disimpan di dalam botol yang ditutup rapat. 9. Bolehkah Air Antioksidan Beralkali Biocera ini dimasak? Tidak disyorkan berbuat demikian kerana suhu tinggi boleh merosakkan sifat antioksidan di dalam air tersebut, maka keistimewaan air tersebut akan hilang. 10. Adakah Air Anti oksidan Beralkali Biocera ini telah diuji oleh SIRIM? Ya, ia telah diuji oleh ‘SIRIM QAS International’. 11. Adakah sistem penapisan ini HALAL? Ya, sistem ini telah disahkan HALAL. DAYANG 017-8827661
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 05:31:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015