Sudah tentu konsultan-konsultan, penasihat-penasihat kerajaan - TopicsExpress



          

Sudah tentu konsultan-konsultan, penasihat-penasihat kerajaan merasakan diri mereka sangat berharga untuk kerajaan. Dengan gaji yang selesa, segala kemudahan diberi, apa lagi yang tidak mereka capai? Begitu juga dengan pak-pak menteri dan pegawai berjawatan tinggi. Bukan setakat kenderaan rasmi, malah ada pemandu, ada pelbagai elaun. Orang berpendapatan rendah juga mendapat pelbagai kemudahan. Ada BR1M, ada KR1M, dan banyak lagi 1M. Bil api-air juga tidak perlu risau kerana semuanya ada kemudahan yang diberi. Bagaimana pula dengan golongan yang berhijrah ke bandar untuk mencari sesuap nasi? Katanya di bandar banyak peluang pekerjaan. Belajar tinggi, masuk universiti, pegang segulung ijazah.. kejar cita-cita hijrah ke bandar.. dapat gaji, katakan RM 3,000. Dengan RM 3,000.. nak kata kaya pun tidak, miskin pun tidak. Inilah golongan pertengahan. Potong sewa rumah, hutang kenderaan, hutan pelajaran, dan kos sara hidup yang tinggi di bandar.. golongan ini jadi lebih miskin daripada orang yang miskin yang berada di desa. Apakah kerajaan memandang akan nasib golongan ini? Mereka banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi apa bentuk bantuan yang diberi kepada mereka? Pernahkah penasihat/konsultan kerajaan highlight masalah "Urban poverty" atau "kemiskinan bandar" ini secara serius? Ini bukan cobaan.. ini benar-benar ada -SAM-
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 13:36:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015