Surat Majlis Syiah Malaysia Kepada Yang DiPertuan Agong. Part - TopicsExpress



          

Surat Majlis Syiah Malaysia Kepada Yang DiPertuan Agong. Part 7.. 17. Tindakan mereka seakan menyahut deklarasi yang pernah ditandatangani oleh 38 orang ulama Saudi berfahaman Salafi-Wahabi yang bersetuju untuk menyebarkan kepada dunia bahawa “Syiah adalah musuh Ahli Sunnah” dan “Syiah penyebar ajaran sesat” dan berbagai lagi fitnah dan pembohongan liar yang disebarkan ke seluruh dunia. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah khususnya bimbang nama-nama yang kami sebutkan di atas akan terpengaruh dengan dakyah dan penipuan Salafi-Wahabi tersebut. Seluruh Dunia Islam sedang melihat Kerajaan 1Malaysia yang dikenali sebagai Negara Islam contoh. Syiah yang ada di 1Malaysia seramai 200,000 - 300,000 orang dan di Dunia Islam seramai 700 juta orang sedang memerhati langkah kerajaan 1Malaysia mengambil tindakan yang bijaksana bagi mengatasi masalah dan ancaman serta penghapusan etnik yang sedang dihadapi oleh umat Islam Syiah di 1Malaysia. Tindakan mereka yang pro atau menyebelahi agenda Salafi Wahabi telah melemahkan kekuatan dan Ketuanan Melayu Islam di 1Malaysia. Ia menjadi lebih rumit akan ketegangan ini apabila, Kerajaan Saudi telah memberi peruntukan yang begitu besar kepada penuntut-penuntut 1Malaysia yang mahu menuntut ilmu di universiti-universit-i aliran Wahabi-Salafi. Patik sekelian memohon agar penghantaran penuntut ke sana di kaji dan diperhalusi sebaik mungkin. 18. Untuk pengetahun DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, Syiah adalah golongan mazhab yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan dan pegangan ajaran mazhab. Juga menerima kepimpinan Ahlul Bait yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah 100%. Gerakan yang memusuhi pencinta Ahlul Bait ini disebut sebagai Nawasib. Kaum Nawasib pembunuh imam Ali sahabat dan menantu Nabi di medan Siffin. Nawasib pembunuh imam Husein cucu Nabi di Karbala. Nawasib adalah golongan yang menyakiti Ahlul Bait dengan perkataan dan perbuatan. Syiah adalah pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait sebagaimana yang telah diperintahkan Allah (Al-Quran) dan Nabi (As-Sunnah). Syiah adalah Ahli Sunnah kerana mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah dan Rasul. Setelah kewafatan Rasul, Syiah adalah Jamaah yang mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah, Rasul dan Ahlul Bait. Syiahlah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 19. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dirayu agar menitah pihak-pihak berkuasa meneliti gerakan ini di 1Malaysia dan mereka (yang telah disebutkan nama-nama di atas) yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi. Mereka telah menggunakan berbagai cara untuk menuduh pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait yang dikenali sebagai Syiah ini sebagai sesat dan bahaya serta perlu dihapuskan dengan segera meskipun dengan cara membunuh. Mereka telah menyalah-guna kuasa mereka di Jabatan-jabatan agama, JAKIM, JAIS dan pusat-pusat pengajian tinggi (IPT). Tidak mustahil juga mungkin mereka telah menerima rasuah (moral dan / atau material) dari pihak tertentu kerana mereka-lah yang menjadi sebab pembatalan Fatwa 1984 yang mengakui Syiah sebagai mazhab Islam yang diterima di 1Malaysia. (Mohon pihak SPRM dan Cawangan Khas menyiasat perkara ini untuk pengesahan). Di sini dengan izin, patik merakamkan Peristiwa Seminar Bahaya Syiah dari sudut Aqidah, Syariah dan Negara anjuran JAIS di Peringkat Kebangsaan yang di dijalankan di Intekma Resort UiTM pada 27/4/2011 dan kemudiannya satu Seminar sepatutnya di buat di D’Plama Hotel, Ampang terpaksa di batalkan; setelah beberapa pengikut Syiah telah membuat laporan polis ke atas Seminar yang dianjurkan oleh JAIS di Intekma Resort. Mengikut maklumat yang patik sekian yang bermazhab Syiah perolehi Seminar itu di biayai oleh KEDUTAAN SAUDI sebanyak RM160,000 (Ringgit Malaysia Ribu; Satu Ratus dan Enam puluh sahaja). (Minta disiasat).
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 09:15:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015