|Surat Terbuka Untuk Aspirasi| Bismillah Pertama sekali , ucapan - TopicsExpress



          

|Surat Terbuka Untuk Aspirasi| Bismillah Pertama sekali , ucapan terima kasih diucapkan kepada saudara/i Aspirasi yang mempunyai niat baik dalam menegur dalam usaha penambahbaikan PMIUSM.. saya selaku YDP PMIUSM gembira melihat keprihatinan anda semua dalam melihat dakwah Islam di bumi Minden sentiasa subur... Sebagai seorang sahabat, saya mencadangkan supaya teguran-teguran sebegini dilakukan secara tertutup agar pintu fitnah dalam USM tidak dibuka kerana PMIUSM tidak ada kena-mengena dengan urusan kemasukan pelajar ke IPTA.. jika individu yang dikatakan itu ialah seorang Syiah, maka kami berharap agar kita sama-sama menyebarkan penyelewengan Syiah bersama-sama berbanding spekulasi.. Jika beliau sangat berbahaya kepada USM, saya mencadangkan supaya MPP mengusulkan kepada pihak atasan USM supaya mempertimbangkan kemasukan beliau berdasarkan autonomi yang ada pada USM.. Dan cadangan kedua, penerangan tentang bahayanya Syiah di USM perlu dipertingkatkan dalam setiap persatuan di USM bermula sidang hadapan dan sentiasa komited.. Sahabat sekalian, kita baru sahaja melepasi sempadan Ramadhan, terasa masih panas lagi air mata LailatulQadar mengiringi pemergian bulan yang mulia ini...saya selalu mengikuti doa harian yang dikongsi oleh saudara/i Aspirasi sepanjang 30 hari Ramadhan, jadi sebagai seorang sahabat seIslam, saya mengajak sahabat-sahabat kembali kepada permuafakatan sesama Islam berbanding berpecah..rugi Sekali jika perpecahan berlaku gara-gara salah faham yang dibesar-besarkan... sengaja saya tidak menggunakan blog atau page PMIUSM dalam hal ini kerana tidak mahu ia berlarutan sehingga menjadi satu isu..cukup dengan cadangn saya di atas untuk membawa pembaharuan dakwah ke bumi USM agar kesesatan Syiah dapat difahami oleh setiap mahasiswa dan dijauhi.. Akhir sekali, saya sebagai YDP PMIUSM mewakili pimpinan PMIUSM mengakui beraqidah Ahlussunnah Waljamaah dan menjunjung al-Quran dan Hadis Baginda yang mulia dan menyayangi para sahabat tanpa sebarang keraguan.. Semoga dgn surat tidak rasmi ini, saya dapat menjelaskan keraguan dihati saudara/i Aspirasi dan ahli-ahlinya yang komited dalam memberi teguran kepada kami.. dan saya menyeru agar semua masyarakat memahami bahaya Syiah dan menjauhi penyelewengan aqidah ini… Wallahu`alam Coretan ikhlas, Muhammad Shukran Bin Ismail YDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 15:19:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015