Susulan kemalangan pegawai JAKIM: Sukar keluar mayat Betong: - TopicsExpress



          

Susulan kemalangan pegawai JAKIM: Sukar keluar mayat Betong: “Keadaan mayat amat menyedihkan, ada yang tersepit dan ada terbaring di tempat duduk. Kenderaan yang mereka naiki juga sudah tidak kelihatan seperti Toyota Innova lagi kerana remuk teruk.”Demikian kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Sekan Gundah menceritakan keadaan mangsa kemalangan yang mengorbankan empat kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jalan Sri Aman-Sarikei, di sini, semalam.Mereka yang terbunuh di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu ialah Penolong Pengarah JAKIM Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, pemandu pacuan empat roda itu serta tiga Pembantu Hal Ehwal Islam iaitu Harliani Hanani, 29, Halimah Hamrie, 30 dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.Dua lagi Pembantu Hal Ehwal Islam iaitu Mohd Firdaus Ahmat, 23, yang cedera dirawat di Hospital Sri Aman manakala Fakih Ikhwan, 20-an, yang kritikal terpaksa dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Sekan berkata dia bersama enam anggotanya tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan kecemasan berkata, mayat Ibrahim yang memandu kenderaan dinaiki enam kakitangan JAKIM itu paling sukar dikeluarkan kerana tersepit di tempat duduk.“Setiba di lokasi kejadian, kami dapati seorang mangsa sudah dikeluarkan orang awam. Ini antara kemalangan paling ngeri yang saya lalui sepanjang bertugas membantu mangsa kemalangan jalan raya,” katanya yang berkhidmat lebih 20 tahun dengan bomba dan penyelamat.Menurutnya, Ibrahim tersepit dan meninggal dunia di tempat duduk pemandu manakala mayat Harliani, Halimah dan Qurratu Aini dalam keadaan terbaring di tempat duduk penumpang.Sekan berkata, beliau dan anggota mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mayat Ibrahim yang tersepit di tempat duduk pemandu kerana kenderaan berkenaan remuk teruk di bahagian depan. “Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.20 petang dan semua mayat dibawa ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohammad berkata, ketika kejadian semua kakitangan JAKIM itu dalam perjalanan ke Betong untuk menyampaikan bantuan kepada saudara baru. Menurutnya, kemalangan berlaku apabila lori balak dipandu Bangai Asong, 44, terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung kenderaan dinaiki enam kakitangan JAKIM terbabit.“Kejadian berlaku di selekoh berdekatan Memaloi, apabila lori balak dari arah Sarikei menuju ke Sri Aman hilang kawalan lalu bertembung MPV dinaiki kakitangan terbabit,” katanya ketika dihubungi. Mat Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, enam kakitangan terbabit bertolak dari Kuching pada jam 2 petang untuk menghadiri majlis dakwah, berbuka puasa serta memberi bantuan kepada saudara baru di Betong.Perjalanan dari Kucing ke Betong sejauh lebih 200 kilometer, biasanya mengambil masa empat jam atau lebih.Menurut Mat Jusoh, sejurus kemalangan itu, pemandu lori melarikan diri dan polis sedang memburunya untuk siasatan lanjut. “Pada masa sama, polis meminta saksi kejadian atau sesiapa mempunyai maklumat mengenai pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. Sumber:Hmetro
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 22:21:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015