TRAGEDI NGERI : IRIS DENGAN INSP EBRAHIM AKA ABANG PEDAS Sampai - TopicsExpress



          

TRAGEDI NGERI : IRIS DENGAN INSP EBRAHIM AKA ABANG PEDAS Sampai depan banglo, aku turun tetapi tak boleh melangkah. Rupa-rupanya ropol baju tersangkut di jejaring motor. Puas cuba menarik tetapi tak mahu . Aku berhati-hati cuba melepaskannya. Sayang, baju mahal hadiah dari buah hatiku, Aidan. Abang Pedas turun dari motor..menongkat dan terus merentap baju aku. ”Oh my Zang Toi!” Sekali rentap, ia terlepas dan terkoyak. Berpusing-pusing aku direntap keliling olehnya. Tangan pantas menahan bahagian kemban atas, takut terlondeh dan terlurut ke bawah! Habislah baju mahal aku . Aku bertambah seksi. Koyak rabak ropol dan tertanggal dari baju, dah jadi mini skirt!. Atas bawah terdedah. Nasib baik berjaket. Malu dan marah terus menerpa dada. He’s not a gentleman! Tak padan dengan rupa! Macam barbarian! Ropol digumpal-gumpalnya dan dicampak ke tepi jalan! * PETIKAN I LOVE YOU. STUPID! Melur Jelita
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 08:55:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015