Tahan lelaki tatu naga Kuala Lumpur: Taktik menggunakan nombor - TopicsExpress



          

Tahan lelaki tatu naga Kuala Lumpur: Taktik menggunakan nombor pendaftaran palsu membawa padah kepada seorang lelaki bertatu naga apabila dicekup atas kesalahan memiliki kenderaan curi, pistol dan dua kes samun. Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun itu yang memiliki lima rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan dadah dan memiliki senjata berbahaya, menjadi ahli kongsi gelap di Johor sejak 1998. Lelaki itu berjaya ditahan hasil intipan lebih 10 jam oleh pasukan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur diketuai Inspektor James Jakup. Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki itu dipercayai membeli pistol di ibu kota pada harga RM170 sebulan lalu dan senjata disembunyikan di bawah kerusi penumpang depan. “Suspek baru dibebaskan dari penjara empat bulan lalu atas kesalahan memiliki senjata berbahaya, namun masih tidak serik dan membeli senjata baru. “Suspek yang bekerja sebagai pengutip wang haram menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu dan yang masih dilaporkan hilang di Brickfields sejak Mac lalu untuk melakukan kegiatan samun,” katanya. Menurutnya, selepas ditahan, suspek mendakwa pistol digunakan untuk tujuan permainan, namun dia menyimpan senjata itu dalam keadaan mencurigakan. “Suspek yang ketagih dadah jenis syabu didapati positif HIV dan kini menjalani rawatan pemulihan,” katanya.HM
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 05:12:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015