Tahukah ANDA Sepanyol & Portugal adalah sebahagian empayar Islam - TopicsExpress



          

Tahukah ANDA Sepanyol & Portugal adalah sebahagian empayar Islam pada satu ketika dahulu ? nama panglima Tariq ibn Ziyad yang mashur, beliau merupakan seorang pemuda kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Beliau dianggap seorang panglima penting dalam sejarah Iberia. Di bawah perintah khalifah Umayyah Al-Walid I, beliau mengetuai tentera dari pantai utara Maghribi yang menakluk Iberia ataupun Hispania Dalam catatan sejarah yang disokong oleh sumber arkib Tentera Tariq diceritakan terdiri daripada 7000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Gabenor Musa menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam. Bagi menghadapi ancaman Tariq, raja Visigoth, Raja Roderic, dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang. Tariq berhadapan dengan tentera Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah. Dikatakan bahawa ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal, akan tetapi kisah ini mungkin legenda oleh sejarawan terkemudian. Sebelum bertempur dicatatkan bahawa Tariq menyampaikan sebuah ucapan yang masyhur kepada tenteranya. Sebahagian ucapannya berbunyi: "Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu, di hadapanmu musuh. Hanya harapan keberanian dan ketabahan ada bersamamu. ... Amirul Mukminin, Alwalid bin Abdalmalik, memilihmu daripada kalangan pahlawannya untuk melakukan serangan ini;...Satu-satu hasil yang dikehendakinya ialah supaya kalam Allah [(SWT)] dijunjung di tanah bertuah ini, dan agama benar ditubuhkan disini..." Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibraltar. hilight by : Salman Al Farisy
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 02:49:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015