Tamar Jalis Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 2 Suasana di pekan - TopicsExpress



          

Tamar Jalis Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 2 Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab. LopakIopak yangterdapat berhampiran bangunanbangunan kedai di situ ditakungi air, akibat hujan yang memanjangpada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghalake Kuala Terung. Di perhentian bas kirakira 10 hingga 15 anak muda menanti bas.Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawandatuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambilakhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.Agaknya ada aral dijalan, keluh datuk.Saya renung wajahnya dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba tibadatuk menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri.Alamat kurang baik”, ujar datuk tenang.Maksud nya dia tak ada?Kalau dia datang, dia tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat. Kalau pergi juga susah diri kita”Jadi apa yang patut kita buat tok?Tunggu sampai Uda Lodin tibaSaya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan teksisapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin minta maaf. Menurutnya, dia singgah di pejabat posPantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ. Dari Pantai Remis dia naik teksi sapu danberhenti di Pekan Pancur membeli buah kelapa dan nangka sebagai buah tangan pada keluarga rumahyang akan di temuinya.Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kirakira pukul lima petang ni kau tunggu aku di situ dan kitapergi bersama”, kata datuk pada Uda Lodin.Sebabnya?Kau jangan tanya, itu hal akuDi mana nak duduk sementara menanti pukul lima?, tanya Uda Lodin.Datuk terus membayar harga minuman. Dia renung muka saya sambil senyum. Kemudian kami bertigake luar dari perut warung menuju ke gigi jalan besar.Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti aku disiniBaiklah Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulong serta tujuhhelai daun sirih yang bertemu uratLagi?Tak ada apaapa. Kalau kau tak tunggu aku terus balik.Mesti saya tunggu”, Uda Lodin ketawa kecil.Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air kuning. Rumah yang kami tuju ialah sebuahrumah yang berbumbung lima yang letaknya tidak jauh daripada rumah Pendekar Meor Abdul Rahman,seorang guru seni silat gayung yang terkenal. Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya.Kami jadi hampa bila mendapati tingkap rumah itu tertutup rapat. Seorang jiran memberi tahu bahawatuan rumah dan keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor, kerana urusan nikah kahwin anaknya.Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lahing di Padang Rengas. Tetapi keputusan itusegera di tukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru untuk pergike Batu 10 Terung. Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah.Elok pada datuk, eloklah pada diri saya. Datuk terus mencari teksi sapu di Pekan Changkat Jering.Akhirnya kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang di pandu oleh seorang lelaki India.Tidak sampai setengah jam, kami pun sudah berada di rumah Anjang Shamsuddin, orang Batu Bara. Daripercakapan dengan datuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat pada ayah AnjangShamsuddin dengan menyebut Ayah Tandang.Sebelum saya bertanya maksud panggilan itu datuk telah menerangkan Ayah Tandang merupakan satupanggilan yang berunsurkan penghormatan tinggi pada orang tua dikalangan keturunan orang BatuBara. Lama juga datuk bercakap dengan Anjang Shamsuddin, termasuk kisah ‐ kisah pengalaman datukbersama arwah ayah Anjang Shamsuddin berlayar dari Sumatera membelah Selat Melaka menuju kePangkalan Bharu waktu mudamuda dulu.Walaupun datuk kau dan datuk saya datang dari berlainan daerah di Sumatera, tetapi merekaberkawan berdasarkan semangat Bangsa Melayu yang tidak mengenal batas keturunan dan suku”, ujarAnjang Shamsuddin sambil mengerling tajam pada saya. Datuk tersenyum sambil berkata:Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengansifat tegasnyaAgaknya memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau”, celah Anjang Shamsuddin sambilmengatakan keturunan orang Batu Bara tidak terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung sekitardaerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan Kampung Bharu, Lumut.Salah seorang dari pada orang Batu Bara itu telah meneroka badar Lumut serta Teluk Rubiah dan pernahberperang dengan angkatan Siam serta Belanda di Pulau Pangkor. Anjang Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah seorang pengarah dan pelakonfilem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa itu bintang filem tersebut belum lagi menjadi pelakon filem.Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut abangnya yang menjadi salahseorang pegawai Rida (sekarang Mara). Hingga kini saya tidak berhadapan dengan bintang terkenal itukecuali melihat lakonannya di dalam filem.Lebih kurang pukul tiga petang saya dan datuk meninggalkan rumah Anjang Shamsuddin dan terus naikbas menuju ke Pekan Terung. Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan.Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala Terung, saya dandatuk sampai ke tempat yang di tuju. Kami menginap di sebuah rumah berhampiran dengan pengkalannelayan.Perkara pertama yang di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah perkuburan. Ada beberapaperkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk hampir mahu membatalkan kerjakerjanya itu apabilamengetahui jenazah perempuan itu dikebumikan ke Kampung Terung dan bukannya di Kuala Terung.Bagaimana? tanya Uda Lodin.Mana di rumah yang selalu didatanginya? tanya datuk. Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah yangtidak jauh letaknya dari pada tempat saya dan datuk menginap. Bentuk rumah itu agak sederhanadengan atap rumbia dan berdindingkan papan lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumahrumahyang lain di dalam kampung tersebut.Saya dan datuk diperkenal oleh Uda Lodin dengan tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi luasdan rambutnya keriting. Setelah bercakap beberapa patah perkataan lelaki itu mempersilakan kami naikke rumah. Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki yang menjangkau usia lima puluhanialah:Seminggu berapa kali dia datang?Boleh dikatakan pada setiap malamApa yang dibuatannya?Makan sisa makanan yang lebih di dapurSejak awal berikhtiar menghalaunya, apa pula yang awak dapat?Lelaki itu terdiam. Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia tidak senang duduk sambil memicit dagutirusnya berkalikali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya.Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu”, ujar lelaki itu dengan tenang sambilmemberitahu empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah lain.Awak kenapa tak pindah? soal datuk lagi.Buat apa menyusahkan orang”, sahutnya dengan jujur. Apa rancangan awak?”, tanya datuk lagi.Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat.”Tak ada apaapa rancangan. Saya bimbang benda ganjil tu sudah mula mengacau orang lain. Saya takutrumah saya akan di bakar oleh orang yang tidak boleh dapat mengawal perasaanSebab?Mereka yakin, hantu itu adalah isteri sayaKau percaya dengan mereka?, tanya datuk lagi.Lelaki itu nampak resah dan gelisah. Tanpa di tanya oleh datuk lagi, lelaki itu memberitahu dia juga yakinbahawa hantu yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu datangdia pasti memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya. Ada kalanya, semuabarangbarang di dapur seperti bawang dan cabai berubah tempat, satu kegemaran yang dilakukan olehisterinya sebelum meninggal dunia.Saya mahu berikhtiar menghalaunya”, nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi harapan yangbesar. Dia nampak resah dan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin.Saya bawakan orang yang boleh menolong awak”, kata Uda Lodin sambil menepuk bahu datuk disebelahnya dua kali. Datuk tersenyum. Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengantenang lelaki itu anggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?, tanya datuk pada Uda Lodin.Saya lihat Uda Lodin anggukkan kepala macam ayam jantan berjumpa ayam betina.Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barangbarang itu ke sini”, beritahu datuk pada Uda Lodin.Rumah yang saya sediakan tu, tak sesuaikah?Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi”, jawab datuk. Uda Lodin pun terdiam. Uda Lodin meninggalkankami di situ dan pergi mengambil barangbarang yang disediakannya untuk di bawa ke rumah lelaki itu.Bila barangbarang itu diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah waktu sembahyang Isyak. Datuk terusbercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaanyang diajukan oleh datuk pada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya.Saya selalu ke laut, banyak hal yang berhubung dengan dengan dirinya saya tak tahu”,kata lelaki itudengan jujur. Datuk terdiam dan mati akal kerana setiap kali perkara yang berhubungan dengan isteri lelaki itu disoal,itulah jawapan yang diberikan kepada datuk. Akhirnya datuk membuat kesimpulan bahawa hubunganantara lelaki itu dengan isterinya agak renggang dan penuh rahsia. Ada rahsiarahsia rumah tangga yangdilindungi oleh si isteri dari pengetahuan suaminya.”Tak apalah, awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi hal ini”, datuk memberikan janji itu padalelaki tersebut.Memang itulah yang saya harapkanAwak pernah berkelahi dengannya?, tanya datuk lagi.Dulu saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati itu adalah isteri saya yangkelima, kata lelaki itu membuka rahsia.Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung dia sudah dapat mengetahui rahsia diri lelaki yang nampakcemas itu.Isteri yang lain tu kemana perginya?Semua saya ceraikan, tetapi dengan isteri yang mati saya tidak sanggup berbuat begituKenapa?Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya, ada kalanya saya jadi begitu bodoh bilaberhadapan dengannyaBegitu”, suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan terhadap diri lelaki itu.Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air sembahyang di perigi. Sayalantas memberitahu datuk yang saya lebih senang mengambil air sembahyang bersamanya.Kenapa?, tanya datuk.Periginya jauh tuk, saya rasa seramPergi. Tidak ada benda yang mesti kau takutkan”, nada suara datuk yang keras itu sungguhmenghampakan.Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila memijak bumi di tengahcahaya yang samarsamar itu. Lebih menggerunkan sepanjang jalan menuju jalan ke perigi terdapatbeberapa pohon jejawai yang besar dan akar berjuntaian. Angin ketika itu tidak bertiup.Beberapa ekor burung gagak liar terbang rendah pulang ke sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu, sayaamatamati seperti bunyi orang mencarik kain kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik tentu datuknaik darah. Saya terus melangkah. Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di hadapan saya. Sebelum kucing itu melompat kedalam semak, matanya merenung muka saya sambil membuka mulutnya dengan lebar bersama suarayang nyaring dan kuat. Hari bertambah gelap.Pondok perigi nampak berbalambalam di hadapan. Saya berlari terus masuk ke dalam pondok perigiyang berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang berdiri dekat pondok perigi kelihatan kakudan menakutkan. Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan tiba ‐ tiba saya berhidu baubusuk yang amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok perigi diraba orang dari luar.Saya resah tidak menentu.Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling. Kerana keadaanbertambah kabur, saya tidak dapat mempastikan dengan tepat siapakah yang berdiri di belakang saya.Perasaan saya cukup cemas.“Orang baru mahu ambil air sembahyang”, lubang telinga diasak dengan suara orang perempuan.Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang saya lihat, kecuali bau busuk yang cukup hebat.Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah.Kenapa?, tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi.Ada suara orang perempuan dan bau busukTak apa. Itu perkara biasa”, balas datuk sambil melihat ke wajah tuan rumah yang berdirinya disebelahnya.Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu.Itulah dia”, tiba ‐ tiba keluar dari mulut tuan rumah.Tanpa berlengahIengah lagi datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang di perigi. Sayaterpaksa tinggal sendirian di rumah. Bagi menghilangkan rasa takut, saya duduk di anak tangga bongsusambil menyanyikan lagu Tudung Periok. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya sebut itu lintangpukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Untuk menghiburkan hati yang takut saya menyanyi terus.Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu. Kucing kepunyaan tuanrumah lari tidak menentu macam di kejar sesuatu. Suara ayam kian keras dan kemudian hilang.Saya mula terhidu bau busuk. Macam ada kelibat manusia lalu di hadapan saya. Dan saya lihat lampuminyak tanah terpasang dengan dirinya di ruang tengah. Daun tingkap tertutup dengan sendirinya.Awak siapa? Ada hajat? Rasa aku adik beradik aku dan suami aku tak ada mempunyai saudaramaramacam muka kamuSaya terdengar suara orang perempuan dalam rumah. Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyipinggan mangkuk dan periuk berlaga sama sendiri di bahagian dapur macam orang mencari sesuatu. Saya juga terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat. Hari bertambahgelap. Saya tidak sedar bila masa tuan rumah dan datuk berada di hadapan saya.Nak, mari kita sembahyang”, kata datuk.Saya memberitahu datuk tentang bau busuk dan peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli. Tuanrumah dan saya terus sembahyang Maghrib dengan berimamkan datuk. Aneh, sesudah memberi salamterakhir, bau busuk sudah tidak ada lagi. Datuk menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat periukdan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh dengan perintah datuk.Baki nasi saya habis dimakannya. Dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor”, dengan wajah yangtenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa barangbarang di dapurnya.Kalau begitu kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini”, ujar datuk sambilmemberi batang tepus yang sudah di potong sedikit.Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya sudah siap, saya dan tuanrumah makan. Atas permintaan datuk nasi di bahagian atas ditinggalkan didalam periuk.Lebih kurang pukul dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk menyalakan api padasebatang liIin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas waktu Isyak juga dibangunkan oleh datuk daritidurnya. Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri tidak di kejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumahcukup keras.Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam dan seluar hitam ke badan serta melilitkankepalanya dengan kain merah sebesar dua jari. Kemudian dia suruh saya mengatur tujuh helai daun sirihdimuka pintu. Dia juga menyuruh Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selangseli pintudapur. Datuk pun menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan meraba urat lehemya.Apa yang awak buat padanya?, soal Uda Lodin pada datuk.Saya pukau dia supaya tidur terus”, jawab datuk pendek sambil memperkemaskan silanya.Datuk pun menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil periuk berisi nasi laludiletakkan dekat tiang seri. Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka danbadan. Sesekali angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan dahandahan pokok yang mati.Suara jampuk tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu. Kecuali suara itik dan ayam di rebanmacam melihat sesuatu. Bau busuk mula masuk ke lubang hidung.Datuk terus membuka pintu dan datuk membentangkan kain hitam yang berbucu tiga. Datuk dudukbersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru dibakar sumbunya itu datuk letakkanbetulbetul di tengah pintu. Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Cara mendadak api lilin ditengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas terdengar. Datuk bangun sambil memeluktubuh.Siapa?, terdengar suara perempuan. Tetamu suami kamu”, jawab datuk.Apa halnya?Saja datangAku nak masuk ke rumah, lalu kau dari situ?Masuklah ini rumah kamu. Tapi nyalakan api liIin yang padamSelasai sahaja datuk bercakap, api liIin yang padam terus menyala. Bau busuk bertambah kuat.Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata muka saya dilekati lumpur dari kubur.Baunya juga cukup busuk. Bunyi tapak kaki orang melangkah kian kuat. Dengan pertolongan cahaya lilinsaya dapat melihat satu lembaga memakai kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur.Kain kapan”, kata hati saya.Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya, lalu secebis kain kapan yang busuk dicampakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak dapat saya lihat dengan jelas.Aku lapar”, saya terdengar lagi suara perempuan.Makanlah”, sahut datuk.Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah sesuatu. Saya menggit bibir.Uda Lodin menutup lubang hidungnya dengan tangan. Dalam cahaya samarsamar itu juga saya lihatlembaga yang berkain kapan kotor menghampiri suaminya. Ia mencangkung di situ sambil merabarabapipi dan rambut suaminya. Perempuan itu menangis tersedusedu.Darah saya tersirap kerana jarijari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi. Hanya tulang jari dengankuku yang panjang jelas kelihatan berlariIari atas pipi dan tengkuk suaminya. Beberapa daging lengandan pahanya yang sudah reput jatuh ke atas lantai. Datuk terus melompat dan memukul belakangperempuan itu dengan batang tepus sebanyak tujuh kali. Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasangapi pada pelita minyak tanah.Bila pelita sudah di pasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah berlubang, dagingpipinya jatuh satusatu kelantai macam habuk kayu yang baru di ketam. Giginya masih kuat dan kelihatanputih bersih. Saya tidak sanggup memandang wajah yang amat menakutkan itu.Apa yang kau lakukan pada suamimu?”, tanya datuk.Perempuan itu tidak menjawap. Dia berjalan kearah periuk nasi. Kedua belah kakinya di kangkangnya,dengan periuk nasi itu betulbetul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul daging yang buruk dibahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut. Setelah beberapa saat periuk itu di berikan pada suaminya. Macam ada sesuatu kuasa yang luar biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu denganlahapnya, kemudian suaminya tidur kembali.Kauberikan suamimu nasi tanggas?, tanya datuk.Ya. Saya sayangkan dia. Saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak mencari betina lainPerbuatan ini dikutuk Tuhan dan berdosa besarPerempuan itu tidak menjawap. Dia terus duduk merenung wajah suaminya dan memukulmukuldadanya.Dari siapa kau dapat ilmu ini?, soal datuk.Perempuan itu tetap membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia menuntutilmu dari seorang yang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki. Menurutnya,perempuan itu memang seorang yang baik. Tetapi lakinya yang kuat berjudi itu selalu memukulnya bilakalah main. Kemudian dia dimadukan oleh lakinya dengan seorang perempuan.Mula dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tanggas dan di kenakan pada suaminya, hingga suaminya jadibodoh dan tidak boleh membilang hingga kesepuluh kecuali di tunjuk atau diajar olehnya sendiri. Datukterdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sama sendiri. Saya lihat datuk membuka kain yang melilitkepalanya. Datuk membuka bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam keadaan terbalik.Kau tahu, perbuatan kamu salah dengan ajaran agama. Dan kau tidak di terima oleh bumi. Roh kauditolak ke dunia merayaurayau selama empat puluh hari sebelum dihumbankan ke nerakaSaya tidak tahuSuami kau seorang lelaki yang baik, kenapa kau buat perkara ini?, soal datuk lagi.Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan dan mahu menerkam ke arah datuk. Cepat ‐ cepat datukmemukul badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan itu tidak mendatangkan kesan. Diamembuka kian kapannya lalu melemparkan pada datuk. Datuk menahannya dengan kedua belahtangannya hingga kian kapan itu berbalik kepadanya. Datuk lalu membaca beberapa potong ayat sucisehingga perempuan yang sudah tinggal rangka itu terperosok ke tepi dinding sambil menutupmukanya. Dia kelihatan takut dan cemas sekali.Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan maaf pada suamimu”, pekikdatuk.Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu”, balas perempuan itu dengan kuat. Datuk lalumengambil sebatang tepus lagi dan menekan ke dada perempuan itu.Engkau syaitan. Engkau syaitan”, ujar datuk kemudian membaca beberapa ayat suci lagi
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 14:30:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015