Tazkhirah:Jumaat Penghulu segala hari Tajuk:Memakmurkan - TopicsExpress



          

Tazkhirah:Jumaat Penghulu segala hari Tajuk:Memakmurkan Masjid. (Kitab Indahnya hidup bersyariat -Dato Ismail Kamus) Masjid ialah rumah Allah dan berpusatnya segala kegiatan ibadah dan kemasyarakatan dalam Islam.Sewaktu hijrah Rasullullah SAW ke Yathrib (Madinah)Baginda membina Masjid Quba sebagai langkah awal penyebaran risalah dakwah disana.Begitu juga zaman khalifah Ar ZRasyidin dan para sahabat ,masjid-masjid yang didirikan sebagai tempat untuk melakukan pelbagai mkegiatan selain solat berjemaah seperti medan mengadili perbicaraan dan menyelesaikan masaalah Ummah,mengajar ilmu Al -Quran,ceramah Agama dan lain-lain. Tuntutan memakmurkan masjid ini memang digalakan dalam Islam kerana manfaat dan faedahnya yang besar kepada individu dan masyarakat Islam. Antaranya:1.Pusat tumpuan Ibadah 2.Pusat tumpuan majlis Ilmu. 3.Penghubung Sillaturrahim 4.Tempat turunnya rahmat. 5.Tempat kutipan Zakat. 6.Tempat memberi Khutbah. Firman Allah SWTMaksudnya:Sesungguhnya hanya mereka yang layak memakmurkan dan menghidupakan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta mendirikan solat takut selain Allah,maka mudah-mudahan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjukSurah At Taubah 9.18.
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 02:47:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015