Tercampak dari pangkuan ibu Jasin: Seorang bayi lelaki berusia - TopicsExpress



          

Tercampak dari pangkuan ibu Jasin: Seorang bayi lelaki berusia setahun tercampak dan terperosok ke tempat letak kaki sebelah pemandu kereta dinaikinya dalam kemalangan di Kilometer 191.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, bayi lelaki itu tidur dipangku ibunya berusia 23 tahun di tempat duduk belakang sebelum tercampak selepas Hyundai Matrix dinaikinya melanggar belakang sebuah treler. Bayi malang bersama kedua ibu bapa warga Vietnam dan pemandu kereta bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan walaupun kenderaan dinaiki rosak teruk. Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu lelaki warga tempatan berusia 51 tahun dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler yang bergerak perlahan di lorong kiri. “Selepas merempuh belakang treler itu, kereta berkenaan kemudian merempuh pula penghadang besi di kiri lebuh raya dan terseret sejauh kira-kira lima meter sebelum terhenti. “Pemandu treler terbabit bagaimanapun meneruskan perjalanan dipercayai tidak menyedari kenderaan dipandunya dirempuh dari belakang,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa memulakan perjalanan dari Muar menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 12 tengah malam dan dalam perjalanan ke Genting Highland selama tiga hari dua malam untuk bercuti. Menurutnya, mereka bagaimanapun meneruskan perjalanan menggunakan kenderaan lain tidak lama selepas kemalangan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Nor Hisamuddin Hashim mengesahkan kejadian berkenaan.HM
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 04:08:18 +0000

Trending Topics



/div>

Recently Viewed Topics




© 2015