Teringat kata kata Doktor Sulaiman dengan hujjah dalil yang - TopicsExpress



          

Teringat kata kata Doktor Sulaiman dengan hujjah dalil yang diambil beliau ketika sesi kuliah tika kemenangan Dr Mursi dulu, Sekarang? Saya memang takkan tahu apa yang Doktor akan pesan dan terlepas beberapa nasihat, tapi saya yakin percaya apa yang doktor berikan akan lebih menyuntik semangat dan bersatu teguh bersama pembela ISLAM. Ali Imran:26 (قُلِ الَّلهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ) "Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki." Maksudnya, Engkaulah yang mempunyai kuasa pemerintahan terhadap semua ciptaanMu dan Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki di antara makhluk-makhlukMu. (وَتَنْـزِعُ الْـمُلْكَ مـِمَّنْ تَشَـآ وَتُـعِزُّ مَـنْ تَشّـآءُ) "Dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki." Iaitu dengan memberinya kemuliaan itu. (وَتُــذِلُّ مَــنْ تَشَــآءُ) "Dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.; Iaitu dengan mencabut kemuliaan darinya. (بِــيَــدِكَ الْــخَيْــرُ) "Di tangan Engkaulah segala kebajikan (إِنَّــكَ عَــلَى كُــلِّ شَـــيْءٍ قَــدِيْــرٌ) "Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa atas segala sesuatu. --------------------------------------------- Doktor beri lagi, Al-hajj:40 وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عزيز "dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." -------------------------------------------- Doktor menambah lagi diakhir katanya, Ali Imran: 9 إِنَّ الله لاَ يُخْلِفُ الميعاد "Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya." ----------------------------------------- Subhanallah," Maha Benar kata kata Allah" "Islam itu realiti, bukan fantasi" Kekuatan kita pada doa kepercayaan kita pada janji janji Allah..
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 03:08:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015