Tips Kehamilan -> Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks - TopicsExpress



          

Tips Kehamilan -> Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur. -> Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur. -> Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan. -> Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan. -> Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio. -> Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil. -> Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma). -> Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma. -> Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang. KEHAMILAN ADALAH USAHA BERSAMA ;)
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 14:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015