[Tips Magika ... Rahsia kejayaan] Jika anda seorang - TopicsExpress



          

[Tips Magika ... Rahsia kejayaan] Jika anda seorang businessman/businesswoman, tak kisahlah apa jua perniagaan anda..amalkanlah rahsia ini ...inilah kunci kejayaan.. kunci yang akan membawa anda ke dunia magika...Sebenarnya apa yang saya kongsikan ini bukan lah rahsia lagi. Telah terang dan nyata sebagaimana Allah firmankan dan janjikan didalam Alquran... bukan saya reka2... Rahsia #1 - BERSYUKUR ... Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.- Surah Ibrahim 14:7 Rahsia #2 - MEMBERI dan terus MEMBERI .. Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui [261] Nampak mudah je dua amalan rahsia di atas.. tapi dalam realiti hidup, amat berat untuk didik hati untuk dijadikan amalan. Disinilah perlunya istiqamah..perlunya disiplin, komitmen mendidik hati untuk bersyukur dan untuk terus memberi.. Selagi kita ada di dunia, KITA ADALAH ORANG YANG BERADA YANG SENTIASA BOLEH MEMBERI. Ada mcm2 bentuk pemberian contohnya tenaga, doa, senyuman, harta.. hatta apa jua info yang kita post di facebook juga satu pemberian... tapi post2 yang positif lah..bukannya post meroyan...itu menambah caj2 penyakit hati nanti..hihi.. Ingat yer, sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak manfaat pada orang lain. Moga kita tergolong dalam kelompok itu. Dan kalau nak berjaya dalam hidup, tirulah orang-orang berjaya.Ikutan yang terbaik ialah Nabi Muhammmad SAW. Baginda banyak memberi dalam hayatnya. Kita pun kena banyak memberi untuk diri, masyarakat dan alam sekitar. Berilah kerana Allah bukan kerana manusia. Dah tahu rahsianya.. so apa lagi.. jom praktikkan.. Bangun pagi, kena senyum dan bersyukur.. kalau rasa sukar nak senyum dan rasa byk masalah tak selesai2... rileks tarik nafas,,,..cuba ambil pen dan kertas, listkan 7 sahaja apa nikmat yg anda ada pagi ini... nikmat pancaindera,udara, nikman iman,islam, ada rumah, ada kenderaan, ada anak2 masih hidup, ada pakaian.. haa.. mmg tak cukup sekeping kertas..bayangkan orang lain yg lebih teruk keadaannya.. Jadi senyum dan bersyukur lah..jadikan amalan harian... copy n paste crdt to my beloved mentor presidential master cery
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 12:50:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015