Untuk dikongsi bersama... MoF Sedia Bantu Labuan Muncul Sebagai - TopicsExpress



          

Untuk dikongsi bersama... MoF Sedia Bantu Labuan Muncul Sebagai Hab O&G Antarabangsa Malaysia LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) bersedia membantu Labuan mencapai cita-citanya untuk muncul sebagai hab minyak dan gas antarabangsa Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata kerajaan Persekutuan sedang bersungguh-sungguh mengkaji untuk memajukan sektor minyak dan gas di Labuan. Dengan semakin bertambahnya bilangan peserta tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Labuan, kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Kewangan, bersedia membantu menjadikan rancangan itu satu realiti, katanya kepada Bernama. Ahmad Maslan berkata penyertaan cergas peserta tempatan itu amat penting dalam membangunkan ekonomi pulau itu. Apa yang ingin kita lihat ialah lebih banyak penyertaan tempatan dalam sektor minyak dan gas, katanya. Timbalan menteri itu juga berkata lokasi strategik Labuan dan hakikat bahawa ia dikelilingi oleh telaga minyak merupakan petanda baik bagi kegiatan minyak dan gas. Justeru itu, kerajaan Persekutuan, melalui kementerian saya, seharusnya dapat menyokong pembangunan ini dengan melonggarkan beberapa syarat cukai tertentu, tegasnya. head on to bernama and dailymail.my for more updates...
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 18:52:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015