Ustaz, kekayaan dan agama (part 4) Mereka selalu mengatakan - TopicsExpress



          

Ustaz, kekayaan dan agama (part 4) Mereka selalu mengatakan bahawa kita semua kena bekerja keras, baru boleh kaya raya, baru boleh pakai Ferrari, baru boleh pakai Volkswagen GOLF GTI, atau Mini Cooper. Soalnya adakah begitu? Berapa jam ustaz – ustaz bekerja dalam sehari? Apa kerja mereka? Mereka bekerja ceramah sahaja. Atau dalam bahasa moden dipanggil ‘menjual air liur’. Berapa lama pula? Sejam? Dua jam? Tiga jam? Empat jam? Hey, come on! Buruh – buruh lebih bekerja keras dari kamu wahai ustaz – ustaz. Mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari. Kalau ikut logic kamu dengan bekerja keras maka tiada lagi orang miskin, ustaz – ustaz itu tak layak pakai kereta mewah, sebab kerja keras mereka kerja apa je? Kalau ikut logic kamu dengan bekerja keras, maka baru boleh pakai kereta – kereta mewah, tentu hari – hari kita akan tengok mamak di mapley akan naik kereta Volkswagen GOLF GTI dan buruh – buruh Nepal akan menaiki Mini Cooper ke tempat kerja. Ustaz – ustaz, saya memang sudah lama tidak puas hati dengan kamu semua. Islam tak ajar penganutnya hidup bermewah – mewah. Aku memang anti ustaz – ustaz yang kehidupan mereka sangat bermandikan kemewahan. Itu bukan pakaian seorang yang menyampaikan pesan – pesan Tuhan.
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 05:20:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015