Yang TUAN itu rakyat Yang KHADAM itu pemimpin Bila rakyat beri - TopicsExpress



          

Yang TUAN itu rakyat Yang KHADAM itu pemimpin Bila rakyat beri mandat Jangan dok lencong ke lain Berkhidmat penuh ikhlas Kerja jangan malas Jika kuat pulas Nanti rakyat balas Rakyat juga RAJA Pemimpin cuma HAMBA Jika rakyat murka Pemimpin tiada harga Jika pemimpin setia berkhidmat Rakyat patuh serta taat Kurang cakap lebih bikin Mesti cekap rakyat yakin Janji-janji mesti ditepati Kebajikan rakyat sentiasa dihati Kekalkan sifat-sifat terpuji Rasuah,salahguna kuasa wajib dihindari Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya Gauli pakar dapatkan nasihat berguna Tingkatkan ilmu berguru sentiasa Supaya cerdik dalam pelbagai perkara Jika berkeras jangan tertukik Jika berlembut jangan tersudu Rakyat cerdas lagi cerdik Beza benar dengan yang palsu Ingat sewaktu susah Jangan leka ketika mewah Berjuang menegak siasah Banyak getir dari mudah Pemimpin zalim rakyat sisih Pemimpin adil rakyat kasih selokarakyat.blogspot/2013_04_01_archive.html
Posted on: Sat, 15 Jun 2013 20:12:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015