aku ingin melangkah ke syurga perkahwinan dengan mengecap - TopicsExpress



          

aku ingin melangkah ke syurga perkahwinan dengan mengecap cinta,kasih sayang dan ketenangan. aku tidak mahu berkahwin tanpa memahami kaedah yang betul utk bahagia. akibatnya, perkahwinan menjadi penjara cinta yang menyesakkan dada. dipertahankan hanya kerana kasihan. anak-anak tertekan melihat ibu bapanya tidak berkasih sayang. usaha untuk bahagia itu perlu bermula daripada pemilihan pasangan hidup yang tepat. aku inginkan insan yang terpelihara. aku tidak mahu berkahwin hanya kerana sebab-sebab murahan seperti sudah terlanjur bercinta, kasihankan insan yang diberikan harapan, puas hidup membujang atau desakan sesiapa. kata Ibnul Qayyim, Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Kuingin mencintainya kerana ALLAH. lantaran aku yakin, hanya ALLAH tidak akan lenyap. Istikharahku menambahkan kekuatan. hatiku belum cenderung kepada mereka.aku yakin kerana belum sesuai masanya. aku mesti amanah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. cintaku kini dengan ilmu dan perjuangan. biarlah prioriti cintaku berjalan lancar satu demi satu. tidak mahu nasibku nanti ibarat Mat Jenin, yang dikejar tidak dapat, yang di kendong berciciran.. buku, aku sedang sibuk bercinta denganmu kerana ALLAH. aku tiada masa untuk cinta-cinta yang #katanya padaku amanah menggalas impian ibu bapa...
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 13:25:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015