di Institut Memali kita serius membangunkan – memberdayakan kaum - TopicsExpress



          

di Institut Memali kita serius membangunkan – memberdayakan kaum tertindas. Usaha ini dipanggil komunal. Adalah ide – ide nya kita ceduk dari pelbagai faham yang mementingkan kehidupan secara kebersamaan. Bukan secara mementingkan diri sendiri. Kita percaya setiap individu punya bakat dan minat masing – masing. Yang menjadi permasalahannya adalah apabila digilap potensi bakat sosok itu, dia seperti lupakan dirinya bertanggungjawab terhadap rakyatnya, terhadap massa-nya, dia seperti percaya kebolehan dan keupayaan fikrah yang dimilikinya hanya dari dirinya, dan untuk dirinya. Dia percaya pada konsep, hanya yang kuat layak hidup, survival of the fittest. Di Institute Memali, mungkin acara mula kami selepas ini adalah berperanan seperti amil – amil, tetapi kami sebenarnya menolak cara yang lebih bersifat ‘charity’ ini. Kerana kami berpandangan bahawa setiap orang punya hak untuk berdiri sendiri. Bukan hak untuk ‘menerima’ dan ‘dikasihani’ semata – mata. Buat permulaan ini, kami tengah hendak memproses peranan seperti amil – amil. Di Malaysia, amil – amil yang dipertanggungjawabkan adalah seperti tidak buat kerja. Mereka seperti goyang kaki dan duduk dalam bilik aircond sahaja. Sedangkan orang – orang tertindas, semakin ramai dan semakin ramai di luar sana. Adakah amil – amil ini peduli? Adakah amil – amil ini simpati? Sedangkan mereka ada peruntukan, mereka dibayar gaji?
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 21:47:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015