e-Learning Bahasa Malaysia - Bahasa English Kaedah - TopicsExpress



          

e-Learning Bahasa Malaysia - Bahasa English Kaedah E-Pembelajaran 1 tahun kelas web E-pembelajaran 16 Kursus dengan Sijil IPD-OUM • Merangkumi semua kursus pada kadar harga langganan kami yang rendah. • Terdapat juga kursus-kursus untuk tahap yang berlainan. • Sebaik sahaja anda menamatkan kursus pertama, dengan segera anda sudah dapat bergerak ke kursus yang seterusnya. • Tidak perlu menghadiri kelas. Belajar di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa! • Setiap kursus merangkumi siri bahan kursus interaktif langkah demi langkah dan berstruktur. • Pelajaran kami mengunakan media interaktif yang lengkap untuk membantu anda mempelajari Bahasa Inggeris sebenar dalam situasi kehidupan sebenar. • Meliputi topik-topik tatabahasa, pembacaan, penulisan dan pertuturan. • Direka bentuk untuk mereka yang mula belajar tetapi ingin mempelajari seberapa cepat yang dapat. • Membantu anda bertutur dan memahami Bahasa Inggeris melalui kaedah mendengar dan berlatih. • Arahan yang ringkas, langkah demi langkah, dan mesra pengguna. • Kaedah dengar-dan-respons membolehkan anda menguji sendiri penguasaan anda. • Sempurnakan aksen atau loghat anda dengan mendengar percakapan penutur asal kami. PENGENALAN ESL ENGLISH Dengan lebih daripada satu bilion rakyat di seluruh dunia yang bertutur dalam Bahasa Inggeris di zaman yang kian berkembang maju dan serba mencabar ini, penguasaan bahasa antarabangsa ini adalah amat perlu. Sama ada anda seorang pelajar, seorang remaja mahupun seorang ibu atau bapa, anda masih berpeluang untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa ini. Sebagai bahasa rasmi bagi lebih daripada 70 buah negara, bahasa Inggeris juga amat penting terutamanya dalam bidang perniagaan dan perdagangan, kewangan, serta dalam komunikasi sedunia. Kemahiran berbahasa Inggeris merupakan satu kelebihan yang hebat. Berdasarkan kesedaran tentang betapa pentingannya Bahasa Inggeris maka lahirlah Program Pembelajaran ESL English hasil ciptaan Malaysia unggul yang disusun khas oleh sidang pengarang yang berwibawa dengan kerjasama “IPD-Open University Malaysia” sebagai Badan yang akan member Sijil iktirafan untuk kegunaan para pelajar serta sesiapa yang berminat untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggerisnya. OBJEKTIF 1. Program Pembelajaran Bahasa Inggeris ESL English memastikan agar para pelajar dalam semua peringkat sekolah dapat menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan berkesan dalam jangka masa yang pendek. 2. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan sahaja setakat memastikan pelajar boleh membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris dan keyakinan untuk membuat rujukan dan penyelidikan daripada buku-buku asing yang berbahasa Inggeris dalam tugasan sekolahnya malahan ia mampu membentuk seseorang individu yang bersifat tabah, penuh keyakinan diri serta berfikiran positif. 3. Dengan pendedahan yang diperolehi daripada program bahasa ini, penguasaan bahasa Inggeris para pelajar akan bertambah baik serta meningkatkan lagi daya pemahaman dan seterusnya akan mengkukuhkan lagi kebolehannya untuk berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan dalam peringkat antarabangsa.
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 05:16:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015