engumuman Mingguan SBM 29hb Julai – 4hb Ogos. 2013 Pengumuman - TopicsExpress



          

engumuman Mingguan SBM 29hb Julai – 4hb Ogos. 2013 Pengumuman Mingguan SBM 29hb Julai – 4hb Ogos. 2013 Pengumuman dari Cawangan KL/Selangor. Salam sejahtera kepada semua ahli-ahli SBM. Notis MesyuaratLuar biasa 2013 Kepada semua ahli SBM Cawangan KL/Selangor, Satu Mesyuarat Luar biasaSBM Cawangan KL/Selangor 2013 akan di adakan seperti berikut: Tarikh: 24 Ogos 2013 (sabtu). Tempat: dewan rukun tetangga Brickfields, Kuala Lumpur. Masa: 10.00 pagi. Tujuannya ialah untuk membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada tahun 2012 dan penerimaannya. Setiap peserta akan di kenakan yuran pendaftaran sejumlah RM3.00 seorang. Sila berdaftar dengan Puan Romainun Zakaria setiausaha SBM Cawangan KL/Selangor di talian 013 2585967 atau kerani pejabat cawangan KL/Selangor di talian 22742794 pada waktu pejabat.selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2013. Majlis bermesra antara ahli-ahli biasa dengan ahli-ahli bersekutu cawangan SBM Kl/Selangor. SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan satu majlis bermesra antara ahli-ahli biasa dengan ahli-ahli bersekutu Cawangan sempena dengan sambutan hari raya aidil fitri 2013. Majlis tersebut akan di jalankan seperti berikut: Tarikh: 24 Ogos 2013 , sabtu Tempat: dewan rukun tetangga Brickfields, Kuala Lumpur. Masa: 12.00 hingga 3.00 petang. Setiap peserta di kenakan RM3.00 seorang. Sila berdaftar dengan en. Mahadzir Abd Ghani di talian 013 3420536 atau kerani SBM Kl/Selangor di talian 22742794 pada waktu pejabat. Mereka yang berdaftar akan di beri kopon dan tag nama. . Perasmian Unit pusat Komputer (CRU SBM Cawangan KL/Selangor.) satu upacara ringkas peresmian unit Pusat Komputer akan di adakan seperti berikut: Tarikh 17 Ogos, sabtu. Tempat: Premis SBM Cawangan KL/Selangor. Masa: 2.00--5.00 petang. hanya 30 hingga 40 orang sahaja yang akan di jemput termasuk jemputan khas terutama mereka yang telah menaja sepenuhnya unit pusat komputer SBM KL/Selangor. Walau bagai mana pun SBM akan menyiarnya secara langsung di siaran radio SBN pada hari tersebut. Berikut adalah pengulangan pengumuman : Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Guru-guru Cacat Penglihatan Perhatian kepada para guru cacat penglihatan. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa SBM melalui JPMI akan bekerjasama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mengadakan satu kursus latihan khas bagi guru cacat penglihatan mengenai pentaksiran berasaskan sekolah. Ia dijangka berlangsung pada waktu bekerja dan memakan masa selama 3 hari. Kami ingin mendapatkan jumlah bilangan guru cacat penglihatan yang berminat untuk mengikuti kursus ini. Sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Adha Shamsuri di talian 03- 22746162 di ibu pejabat SBM pada waktu pejabat. Tarikh tutup adalah pada 30 Julai 2013. Pengumuman Dari KL/Selangor Salam sejahtera kepada semua. Selamat berpuasa kepada ahli-ahli yang berugama islam. SBM KL Selangor ada menjual beberapa jenis kuih untuk hidangan di hari raya. Berikut adalah jenis-jenis kuih dengan harganya sekali:-- Kuih Karas 1 bekas RM 30.00 Kuih sepit 1 bekas RM 17.00 Kuih gunting 1 bekas RM 22.00 Kuih lidah buaya 1 bekas RM 12.00 Popia nestom 1 bekas RM 25.00 Semua kuih-kuih tersebut boleh didapati di pejabat SBM KL/Selangor. Sila hubungi kerani SBM KL/Selangor di talian 03-22742794 atau En. Shamsuri Hitam di talian 019-2677749. Pengumuman daripada Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan. Diolog Untuk Pekerja Cacat Penglihatan Bersama Jabatan Buruh Dan Perkeso Perhatian kepada semua pekerja cacat penglihatan. JPMI berhasrat untuk mengadakan satu sesi dialog di antara pekerja cacat penglihatan bersama dengan pegawai dari jabatan buruh dan perkeso pada masa terdekat. ia bergantung kepada sambutan anda semua. jika sambutannyamemuaskan, kami akan mengaturkan sesi dialog ini. sesiapa yang ingin menghadiri sesi dialog ini sila menghubungi en. Adha Shamsuri pada talian 03-22746162 di ibu pejabat SBM. Pengumuman daripada sbm cawangan melaka. Sukacita dimaklumkan bahawa SBM Cawangan Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial dan Jabatan Kebudayaan Negeri Melaka akan menganjurkan Pertandingan akhir bakat seni suara SBM bersempena 50 tahun SBM. Pertandingan ini akan diadakan pada 4-6 Oktober, 2013 (jumaat-ahad) di Auditorium JKN Ayer Keroh, Melaka. Sesiapa yang berminat menyertai pertandingan ini diminta menghubungi SBM Cawangan/Kawasan masing-masing. Setiap Cawangan/Kawasan hanya diwakili oleh seorang peserta sahaja, kecuali Cawangan KL/Selangor yang perlu diwakili dua orang peserta. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Ogos 2013. Anda diingatkan bahawa setiap pengumuman untuk perkhidmatan teli-maklumat SBM perlulah dihantar tidak lewat dari hari khamis jam 5.00 petang pada setiap minggu bekerja. Perhatian kepada semua ahli SBM sesiapa yang memerlukan pengumuman dalam Bahasa Malaysia diminta jasa baik anda maklum balas ke e-mail mogana.sbm@gmail Sekian, terimakas
Posted on: Tue, 30 Jul 2013 14:09:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015