tips bezakan Samsung Original dengan Samsung China set (tiruan). - TopicsExpress



          

tips bezakan Samsung Original dengan Samsung China set (tiruan). 1) tahap kelancaran skrin berbeza. Samsung original lebih lancar (smooth) berbanding Samsung China set. 2) processor (RAM) yang di gunakan ada perbezaan. bergantung kepada model. selalunya China set setakat dual core (2) dan original boleh capai sehingga quad core (4). 3) China set boleh menggunakan 2 sim card. tapi ada juga yang 1 sim card. ayuk! tips bezakan iPhone 5 Original dengan iPhone 5 China set (tiruan). 1) Operating Sytem yang digunakan sangat berbeza. iPhone original menggunakan iOs (iPhone OS) manakala China set menggunakan Android. cukup mudah untuk dibezakan. buat masa ini lah. ini kerana perisian iOS dikawal oleh syarikat Apple. tidak seperti Samsung yang menggunakan perisian Android. dan perisian Android adalah open source..maksudnya bebas untuk diguna pakai oleh sesiapa sahaja. tips bagaimana caranya nak check IMEI (International Mobile Station Equipment Identity)? dial *#06# dan tekan butang call. dan semak dengan nombor IMEI di kotak handphone. kalau sama tu in sha Allah original. itu jelah serba sedikit ilmu yang diturunkan oleh amoi kedai handphone tadi. gua rasa banyak lagi sebenarnya cara nak bezakan smartphone 3G original dan tiruan ni. cuma yelah..dalam business tak semua benda dia patut ceritakan kan. kan kan? #aku maafkan kamu! kenapa gua banyak gunakan perkataan China set? sebabnya kebanyakkan handphone/smartphone/telefon pintar 3G tiruan adalah dibuat dan dibawa masuk dari negeri China. yelah..siang buat yang original..malam belasah buat yang tiruan..patern sama. heh..gua syak je lah kan..so..kepada yang teringin nak beli smartphone 3G baru..berhati-hatilah memilih. kalau rasa nak memang original sebaiknya terus terjah pembekal/pengedar smartphone 3G Samsung dan iPhone yang berdaftar secara sah. untuk yang mahu tebus rebat smartphone 3G (telefon pintar) RM200 boleh usya senarai dealer/pembekal smartphone 3G (telefon pintar) bajet RM200 yang di lantik secara sah. Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 01:28:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015