【前线快讯】Kenyataan rasmi dari EXCO Selangor berkaitan - TopicsExpress



          

【前线快讯】Kenyataan rasmi dari EXCO Selangor berkaitan gangguan bekalan air sejak kelmarin. Maklumat berkenaan tumpahan minyak diesel ke dalam Sungai Selangor telah diterima oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) daripada pihak operator loji pada jam 8 pagi ini. Ekoran daripada perkara tersebut, loji pembersihan air (LPA) Rantau Panjang telah menghentikan operasinya pada jam 8.05 pagi disebabkan oleh kehadiran minyak diesel yang dikesan di muka sauk loji. Ini diikuti oleh tiga (3) lagi LPA utama di Lembangan Sungai Selangor yang juga menghentikan operasi pada jam 9.20 pagi bermula dengan LPA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan seterusnya Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) yang terletak bersebelahan di antara satu sama lain. Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, dan diurusetiakan oleh LUAS telah diaktifkan untuk menjalankan siasatan di lokasi. LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga Sdn. Bhd (PNSB) telah menjalankan siasatan dengan menjejaki kesan tumpahan minyak tersebut hingga ke punca dan mendapati ianya berasal daripada Sungai Gong. Pada jam 10.50 pagi, tumpahan minyak diesel tersebut dikenal pasti adalah berpunca daripada sebuah pusat penyelenggaraan lori sampah di kawasan industri lokasi berkenaan. Premis tersebut telah diarahkan oleh JAS untuk menghentikan operasi dan juga tumpahan minyak daripada premis. Arahan pembersihan juga telah dikeluarkan kepada premis untuk dilaksanakan. Sementara itu, pihak operator loji telah meletakkan“oil boom” untuk mengurangkan kadar minyak yang mengalir ke muka sauk. Sehingga sekarang, punca pencemaran dapat dikawal dan tumpahan minyak tersebut tidak lagi memasuki sungai di mana ianya banyak terkumpul di oil boom yang dipasang. Kesan minyak di Sungai Selangor juga adalah minimum dan dijangkakan keadaan sungai akan kembali pulih seperti biasa pada lingkungan jam 8 malam setelah kerja-kerja pembersihan selesai. Namun begitu, pemantauan yang ketat dijalankan dengan berterusan untuk memastikan tiada sebarang pencemaran lain yang berlaku. YB Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 04:52:59 +0000

Trending Topics



ody" style="min-height:30px;">
For all my friends, whether close or casual, just because. One of
International PhD Scholarships at PIER Helmholtz Graduate School

Recently Viewed Topics




© 2015