23/11/13 Akta Rahsia Rasmi – Tian Chua dan Malaysiakini - TopicsExpress



          

23/11/13 Akta Rahsia Rasmi – Tian Chua dan Malaysiakini Berbohong Semalam(Kelmarin) , portal Malaysiakini menerbitkan berita berunsur fitnah dan membohongi pembaca apabila mendakwa semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikehendaki menandatangani surat akuan menyimpan Rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) untuk mendengar penerangan mengenai kenaikan cukai taksiran. Laporan Malaysiakini berdasarkan tweet Ahli Parlimen Batu, Tian Chua “DBKL officers distributed to us an OSA pledge when the meeting started. Members of parliament felt quite offended and refused to sign.” Tindakan Malaysiakini dan Tian Chua jelas bertujuan menghasut rakyat marah dan benci kepada Kerajaan dan DBKL. Bagi rakyat biasa tentulah marah dan sakit hati apabila taklimat mengenai kenaikan taksiran premis mereka hendak dilindungi di bawah OSA dan tidak boleh dibincangkan kepada umum. Apa yang berlaku semalam ialah perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan dengan Ahli Parlimen Kuala Lumpur bagi membincangkan banyak isu termasuk isu kenaikan cukai Taksiran bagi premis dalam wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Borang akuan menyimpan Rahsia Rasmi diedarkan adalah untuk membolehkan ahli Parlimen mendapatkan salinan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur yang baru. Ia langsung tidak berkaitan dengan taklimat kenaikan taksiran premis. Menurut sumber, Ketua Setiausaha Kementerian mengedarkan borang tersebut kerana ia merupakan prosedur untuk mendapatkan salinan dokumen rasmi kerajaan yang belum digazetkan sebagai maklumat awam. Inilah sikap Ahli Parlimen DAP, PAS dan PKR di Kuala Lumpur. Mereka hanya mementingkan populariti dan bekerja ke arah memburukkan kerajaan dan DBKL bukannya untuk kepentingan rakyat. Kementerian Dalam Negeri perlu memberi peringatan kepada Malaysiakini agar tidak lagi melakukan penerbitan berita palsu atau separuh benar sehingga boleh mmeberi ancaman kepada keselamatan dan keamanan rakyat. Petikan-Mykmu.net
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 03:05:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015