AL-QURAN AL-ISRA (94-100) Keingkaran Orang Kafir dan - TopicsExpress



          

AL-QURAN AL-ISRA (94-100) Keingkaran Orang Kafir dan Bantahan Terhadapnya. 94. Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: PATUTKAH ALLAH MENGUTUSKAN SEORANG MANUSIA MENJADI RASUL? 95. Katakanlah (wahai Muhammad): KALAU ADA DI BUMI, MALAIKAT YANG BERJALAN SERTA TINGGAL MENDIAMINYA , TENTULAH KAMI AKAN TURUNKAN KEPADA MEREKA DARI LANGIT, MALAIKAT YANG MENJADI RASUL. 96. Katakanlah lagi: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu; sesungguhnya adalah Ia Amat Mendalam pengetahuanNya, lagi Amat Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. 97. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang. 98. Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata: Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu? 99. Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang orang yang seperti mereka (dalam bentuk yang baharu), padahal Ia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya.? Dalam pada itu, orang orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran. 100. Katakanlah (wahai muhammad): jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.
Posted on: Wed, 13 Nov 2013 22:12:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015