Al-kisah Dendam Bujang Seblak Tahukah anda dalam banyak-banyak - TopicsExpress



          

Al-kisah Dendam Bujang Seblak Tahukah anda dalam banyak-banyak buaya didunia, buaya yang penuh dengan mistik ialah buaya-buaya dari sungai Sarawak. Menurut Pawang- Pawang buaya, buaya di Sarawak bukanlah sebarangan buaya kerna ada diantara buaya- buaya itu adalah buaya jadian. Menurut mereka lagi, buaya-buaya tidak akan menganas dan membaham manusia tanpa sebab kerna setiap perkara yang berlaku itu ada penyebabnya. Kemungkinan ada keturunan buaya-buaya itu dibunuh oleh manusia. Itulah yang menjadikan buaya-buaya itu menganas dan buaya-buaya itu mampu mengecam waris pembunuh. Berbalik kepada cerita Bujang Seblak, dendam Bujang Seblak dikatakan sejak 2007. Setakat ini dikatakan lebih 6 orang telah terbunuh dibaham Bujang Seblak. Menurut penduduk Kampung, mangsa terbaru yang menjadi mangsa Bujang Seblak dikatakan mempunyai kaitan dengan Bujang Seblak. Sejauh mana dakwaan itu belum dapat dipastikan lagi. Namun pesoalan sekarang apa yang bermain difikiran admin ialah adakah buaya yang membaham mangsa baru-baru ini adakah Bujang Seblak? Kerna ada penduduk mendakwa Bujang Seblak sudah mati. sejauh benar dakwaan itu belum lagi terungkai seperti mana dakwaan orang-orang Sarawak yang Raja segala buaya di Sarawak iaitu Lagenda Bujang Senang masih lagi hidup. Apa-apa pun spekulasi yang terencana, diharap semua orang-orang Sarawak berhati-hati dalam apa jua situasi jika berada dalam sungai kerna sebarang kemungkinan boleh berlaku. #BoyakNguap
Posted on: Sat, 30 Nov 2013 02:48:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015