BERITA JOHOR Sultan Johor lancar Projek Penyayang KFC KOTA - TopicsExpress



          

BERITA JOHOR Sultan Johor lancar Projek Penyayang KFC KOTA TINGGI 24 Julai - Dua rangkaian restoran makanan segera di bawah Johor Corporation (JCorp) iaitu KFC dan Pizza Hut akan menyumbangkan ayam goreng dan piza percuma kepada 250 buah rumah kebajikan di seluruh negara selama dua hari mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melancarkan program Projek Penyayang KFC ke-60 serta Penghantaran Amal Pizza Hut bersempena sambutan ulang tahun KFC ke-40 sebelum Majlis Santapan Berbuka Puasa JCorp di Masjid Bandar Kota Tinggi, di sini semalam. Yang turut hadir ialah Menteri Besar merangkap Pengerusi JCorp, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman. Majlis yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu turut menyaksikan baginda sendiri menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada lima buah rumah kebajikan dan juga sumbangan duit raya kepada anak- anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampuan. Terdahulu, Kamaruzzaman dalam ucapannya berkata, projek yang memasuki usia 20 tahun itu melibatkan 20,000 penerima dan dianjurkan seiring dengan seruan Ramadan yang menuntut umat Islam meningkatkan amal soleh melalui infak dan sedekah. "Melalui Projek Penyayang kali ini, KFC akan menyumbangkan ayam goreng percuma kepada kira-kira 13,000 penghuni 150 rumah kebajikan di seluruh negara. "Pizza Hut pula akan menghantar piza percuma kepada lebih 7,000 anak yatim, rumah kebajikan dan juga mereka yang kurang bernasib baik di 100 rumah kebajikan di seluruh negara di bawah program penghantaran amalnya," katanya. Projek Penyayang KFC ke-60 dan Penghantaran Amal Pizza Hut kali ini turut melibatkan kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak. Kamaruzzaman turut mengumumkan sumbangan RM160,000 oleh JCorp kepada 40 buah rumah kebajikan di seluruh negara sebagai usaha mengimbangi peranan entiti perniagaan dipacu pasaran dengan kewajipan sebagai ejen pembangunan dan pelaburan di Johor dan seluruh negara. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada KFC atas kejayaan yang dinikmati sejak pembukaan restoran pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 sehinggalah kepada 562 cawangan di seluruh negara. BERITA JOHOR Sultan Johor lancar Projek Penyayang KFC KOTA TINGGI 24 Julai - Dua rangkaian restoran makanan segera di bawah Johor Corporation (JCorp) iaitu KFC dan Pizza Hut akan menyumbangkan ayam goreng dan piza percuma kepada 250 buah rumah kebajikan di seluruh negara selama dua hari mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melancarkan program Projek Penyayang KFC ke-60 serta Penghantaran Amal Pizza Hut bersempena sambutan ulang tahun KFC ke-40 sebelum Majlis Santapan Berbuka Puasa JCorp di Masjid Bandar Kota Tinggi, di sini semalam. Yang turut hadir ialah Menteri Besar merangkap Pengerusi JCorp, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd. Noorazam Osman. Majlis yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu turut menyaksikan baginda sendiri menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada lima buah rumah kebajikan dan juga sumbangan duit raya kepada anak- anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan golongan kurang berkemampuan. Terdahulu, Kamaruzzaman dalam ucapannya berkata, projek yang memasuki usia 20 tahun itu melibatkan 20,000 penerima dan dianjurkan seiring dengan seruan Ramadan yang menuntut umat Islam meningkatkan amal soleh melalui infak dan sedekah. "Melalui Projek Penyayang kali ini, KFC akan menyumbangkan ayam goreng percuma kepada kira-kira 13,000 penghuni 150 rumah kebajikan di seluruh negara. "Pizza Hut pula akan menghantar piza percuma kepada lebih 7,000 anak yatim, rumah kebajikan dan juga mereka yang kurang bernasib baik di 100 rumah kebajikan di seluruh negara di bawah program penghantaran amalnya," katanya. Projek Penyayang KFC ke-60 dan Penghantaran Amal Pizza Hut kali ini turut melibatkan kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak. Kamaruzzaman turut mengumumkan sumbangan RM160,000 oleh JCorp kepada 40 buah rumah kebajikan di seluruh negara sebagai usaha mengimbangi peranan entiti perniagaan dipacu pasaran dengan kewajipan sebagai ejen pembangunan dan pelaburan di Johor dan seluruh negara. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada KFC atas kejayaan yang dinikmati sejak pembukaan restoran pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 sehinggalah kepada 562 cawangan di seluruh negara.
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 01:42:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015