Baru-baru ini syarikat kami dikunjungi oleh seorang kenalan. Masih - TopicsExpress



          

Baru-baru ini syarikat kami dikunjungi oleh seorang kenalan. Masih teringat pada mula pertemuan antara kami dengannya (kami dalam artikel ini merujuk kepada saya dan isteri). Dia seorang yang cukup ramah dan friendly. Saya namakan dia ‘B’. Di mana dia bekerja, tak perlulah saya nyatakan. Kunjungannya itu disertakan dengan tujuan; meminta penajaan untuk majlis di syarikatnya. Apa yang dimintanya adalah dia meminta kami untuk menyediakan sebuah photobooth, sementelahan kami pernah berurus niaga dengan syarikatnya sebelum ini. Memikirkan bahawa dia adalah rakan dan juga dia pernah memberikan peluang untuk kami memperlihatkan kemampuan, dengan rela hatinya kami menerima dan bersetuju. Selang sehari, kami menerima panggilan dari si B yang meminta untuk menambah lagi tajaan dari pihak kami; menghias VIP table (bukannya kosong, beserta table runner, table cloth, bunga-bungaan dan juga chair ribbon). Pun kami setuju. Kami yang ikhlas hati ni pun segeralah berhempas pulas memikirkan untuk memenuhi permintaan si B itu. Mencari ribbon chair yang berwarna biru, bungaan hiasan biru dan semunya lah yang berwarna biru (tema jamuan adalah biru). Sebelum itu, pihak kami telah memaklumkan kepadanya bahawa tajaan kami itu mengikut pada bajet kami. Dan dia telah memberikan persetujuan yang dia menyerahkan kepada pihak kami untuk menyelesaikannya. Apa yang dia mahu, photobooth dan table setting ada. Dia terima seadanya tajaan dari pihak kami. Seperti yang dijanjikan, kami siap memasang photobooth dan table setting sehari sebelum berlangsungnya majlis syarikatnya. Majlis tersebut akan berlangsung pada sebelah malam keesokan hari. Dan berlakulah perkara yang kami betul-betul tak sangka. Pada malam itu, si B menghubungi isteri saya, menyatakan bahawa photobooth yang kami pasang itu tidak mengikut pada kehendaknya. Eh..eh...boleh pulak macam tu. Dia meminta untuk kami menukarnya dengan pelamin. Dengan SET PELAMIN. Wahh...gila terbaek dia nih...Si B nak ada set pelamin untuk dia dan staff-staff tempatnya bekerja dapat berposing dan mengambil gambar. Isteri saya menerangkan, kami memang tak boleh memberikan set pelamin. Itu sudah melangkaui bajet kami. Lagi pun, memang kami tiada set pelamin. Yang kami pasang tu adalah photobooth, dengan back ground biru (mengikut tema majlis tersebut), kerusi taman dan sedikit hiasan tiang lampu beserta sangkar burung. Tapi si B sebolehnya tidak mahu menerima. Benda dah siap pasang. Untuk pengetahuan, semasa kami pasang photobooth dan table setting, si B tidak berada di lokasi. Setelah beberapa ketika, si B semacam boleh menerima keadaan. Keesokannya, si B menelefon lagi isteri saya. Dan mahukan set pelamin juga. Fuh...sungguh saya tak faham. Katanya, General Managernya tidak berkenan dan mahukan juga set pelamin. Dan dia mahu kami tukar photobooth tersebut pagi itu juga, sebelum tengahari. What the ..... Mulanya saya hanya mendengar sahaja percakapannya dengan isteri saya (loud speaker), sehingga ke tahap suaranya meninggi, saya terus mengambil alih. Sama-sama bersuara tinggi, saya mengatakan padanya, saya berasa sangat kecewa dengan sikapnya. Pertama, langsung tiada perkataan terima kasih diucapkan. Kedua, pada permulaannya, dia bersetuju untuk menyerahkan kepada pihak kami dan dia turut menyatakan, terserah kepada kami untuk menaja dan memberikan photobooth, tetapi kenapa komen dan komplen last minit??? Kemuncaknya, kami menarik balik penajaan tersebut. Tengahari itu juga saya bersama isteri bergegas ke tempat majlis, membuka dan mengambil semua barang-barang tajaan kami. Ketika kami sampai, si B tak keluar pun dari dewan dan bertemu dengan saya. Apatah lagi ucapkan maaf atau pun terima kasih. Huh, jauh panggang dari api. Saya tau dia ada di dalam dewan tersebut. Tak mengapalah, mujur juga dia duduk dalam dewan tu tak keluar, kalau dia tunjuk muka, rasanya buku lima saya beraksi hari tu. Yang Benar, S.K Lukman a.k.a WakChi
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 10:57:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015