China news Letupan kilang api China: 11 maut, 17 cedera Astro - TopicsExpress



          

China news Letupan kilang api China: 11 maut, 17 cedera Astro Awani | Kemas kini: November 02, 2013 KUALA LUMPUR: 11 maut dan 17 yang lain cedera dalam satu insiden letupan yang berlaku di sebuah kilang api wilayah autonomi Guang-Xi Zhuang di Selatan China. Agensi berita XinHua melaporkan, kebanyakan mangsa adalah pekerja-pekerja wanita yang memasang fius pada mercun. Letupan tersebut berlaku pada jam 4 petang jumaat di kawasan perbandaran San-Bao, Bandaraya Cen-Xi, kira-kira dua ribu kilometer di Barat Daya Beijing. Polis menahan pengurus dan wakil guaman kilang terbabit. Ia dilaporkan bahawa 11 mangsa mati selepas menerima rawatan kecemasan manakala 17 lagi masih dirawat di hospital. Punca kemalangan masih disiasat, kata Xin-Hua. Keselamatan di tempat kerja adalah satu masalah yang besar di China di mana kurangnya penguatkuasaan undang-undang keselamatan. Berita mula diterbitkan pada: November 02, 2013 16:29 MYT
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 13:47:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015