Dari inbox Sukanstar, Al-fatihah untuk arwah pelajar-pelajar - TopicsExpress



          

Dari inbox Sukanstar, Al-fatihah untuk arwah pelajar-pelajar Malaysia yang terkorban di Jordan. Laporan kemalangan pelajar malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan. Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut : 1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia) Universiti Kolej London. Tahun 1. Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam Pengkhususan : Astronomi Fizik. Asal : Kedah. 2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera) London School Of Economy. Tahun 4. Pengkhususan : Ekonomi. Tajaan: Bank Negara. Asal : Perak. 3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu- Universiti Yarmouk Tahun 3 Pengkhususan : Pengajian Islam. Tajaan : Persendirian. Asal : Kelantan. 4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera) Universiti Yarmouk Tahun 3. Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam Asal: Kuala Lumpur 5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi) Universiti Yarmouk Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. Tajaan : Persendirian. Asal: Kelantan. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik. Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Saudari Naimah Akmar, Ketua HEWI PERMAI. Bersama Prof Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris Bin Ali, Pegawai JPA. Ustaz Saifuddin Bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan MPMMJ dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. kredit: Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 15:16:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015