EDBM ATC BANGSAR, KUALA LUMPUR 15 – 16 Jun 2013 1 KURSUS: - TopicsExpress



          

EDBM ATC BANGSAR, KUALA LUMPUR 15 – 16 Jun 2013 1 KURSUS: PENGURUSAN STRATEGIK PENSYARAH/FASILITATOR: DZULHILMI AHMAD FAWZI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (E mel: [email protected]) (Tel.: 04-928 3728, 019-4000 462) PENGENALAN Kursus ini secara umumnya memberi penekanan kepada kelangsungan sesebuah organisasi secara menyeluruh bagi menjamin kelestarian dan kesinambungannya. Proses Pengurusan Strategik ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penggubalan, pelaksanaan dan penilaian serta kawalan strategi. OBJEKTIF Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat: 1. memahami konsep, teori dan model asas Pengurusan Strategik. 2. memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkaitan Pengurusan Strategik. 3. membuat penggubalan, pelaksanaan, dan penilaian dan kawalan strategi dalam sesebuah organisasi. RUJUKAN Wheelen, T. & Hunger, J. (2010). Strategic management and business policy. (12th ed) New Jersey: Prentice Hall. Barney, H., & Hesterley, W. S. (2008). Strategic management and competitive advantage: Concepts and cases (2nd ed.). New Jersey: Pearson International. Dess, G., Lumpkin, G. T., & Eisner, B. A. (2009). Strategic management: Text and cases (4th ed.). USA: McGraw Hill. David, F. R. (2010). Strategic management: Concepts and cases (11th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Haim, H. A. (2011). Pengurusan strategik (3rd ed.). Kuala Lumpur: Pearson Khairuddin, H. (2008). Strategic management (2nd ed.). Kuala Lumpur: Thomson Learning. Thompson, Jr. & Strickland, A.J. (2010). Crafting and Executing Strategy Singapore: McGraw-Hill. Modul Pengajian Luar Kampus (PLK): Pengurusan Strategik. PACE, Universiti Utara Malaysia. EDBM ATC BANGSAR, KUALA LUMPUR 15 – 16 Jun 2013 2 KAEDAH PENGAJARAN Melalui syarahan dan perbincangan PENILAIAN Komponen Peratusan Kehadiran 10 Pembentangan Kumpulan 20 Ujian 30 Tugasan Individu 40 JUMLAH 100 EDBM ATC BANGSAR, KUALA LUMPUR 15 – 16 Jun 2013 3 PANDUAN: TUGASAN INDIVIDU Tugasan individu adalah berdasarkan kaedah aplikasi proses-proses pengurusan strategik untuk organisasi. Untuk tujuan ini, anda dikehendaki memilih satu organisasi (awam atau swasta) bagi menjalankan audit strategik. Objektif utama tugasan ini ialah melatih dan memperhalusi kaedah analisis yang digunakan untuk mengenalpasti keupayaan organisasi, potensi-potensi, dan penemuan penting yang boleh diutarakan berdasarkan hasil analisis ini, atas jangkamasa yang telah diberikan kepada anda. Setiap laporan harus mempunyai perkara-perkara berikut: 1. Situasi Semasa a. Prestasi Semasa b. Postur/Kedudukan Strategik (Arah/Halatuju) 2. Persekitaran Luaran a. Persekitaran Fizikal b. Persekitaran Sosial c. Persekitaran Industri d. Lain-lain yang berkaitan 4. Persekitaran Dalaman a. Struktur Korporat b. Budaya Korporat c. Sumber-Sumber Korporat d. Lain-lain yang berkaitan 5. Analisis Faktor-Faktor Strategik (SWOT) 6. Strategi-strategi yang disyorkan 7. Cadangan perlaksanaan dan penilaian/kawalan terhadap strategi-strategi yang disyorkan untuk organisasi. Sila hantar tugasan anda ke Pejabat ATC Bangsar, Kuala Lumpur SEBELUM ATAU PADA 8 JULAI 2013 (ISNIN). Kegagalan untuk menyerahkan tugasan pada masa yang ditetapkan dapat menyebabkan anda dikenakan penalti sebanyak 10 markah tugasan secara keseluruhan.
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 19:59:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015