KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS DAERAH RAUB TARIKH : 09.07.2013 ( - TopicsExpress



          

KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS DAERAH RAUB TARIKH : 09.07.2013 ( SELASA ) TEMPAT : KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT SG PERTANG, SG RUAN, RAUB TAJUK : RAMPASAN KAYU CENGAL FAKTA KES: 1. Bertindak di atas maklumat awam yang diterima, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Raub yang diketuai oleh ASP Mohd Azahari bin Mukhtar telah membuat serbuan di kawasan hutan Sg Pertang di Gunung Benum, Sg Ruan, Raub, Pahang. 2. Semasa serbuan telah berjaya menahan seorang lelaki bangsa Indonesia umur 20an yang sedang memunggah hasil hutan dari sebuah 4WD Landcruiser putih. 3. Pemandu kenderaan tersebut yang dipercayai lelaki Cina telah melarikan diri bersama kenderaannya apabila menyedari kehadiran pihak polis. 4. Pemeriksaan ke atas lelaki Indonesia tersebut didapati berbangsa Acheh dan tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah masuk ke Malaysia. 5. Pihak polis juga berjaya merampas sebanyak 49 batang kayu cengal bergergaji yang tidak sempat dipunggah dan dianggarkan bernilai RM 24,000.00. 6. Hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Daerah Raub untuk tindakan lanjut. 7. Kes ini akan disiasat di bawah Sek 84 APN 1984 ( Akta 313 ) kerana memiliki hasil hutan secara menyalahi undang – undang. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti sebanyak RM 50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua – duanya 8. Pihak polis mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat. 9. Nasihat pihak polis: 9.1 Orang awam juga dinasihatkan supaya berhubung dengan jabatan yang berkenaan sebelum membuat sebarang aktiviti seperti menebang balak dan meneroka hutan untuk pertanian. 9.2 Orang awam digalakkan menyalurkan maklumat samada jenayah, dadah mahupun sebarang aktiviti yang mencurigakan dan menyalahi undang-undang melalui talian hotline IPD Raub 09-3554999 atau pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran.
Posted on: Tue, 09 Jul 2013 09:56:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015