LORI TIGA TAN DICURI,SYARIKAT KERIGIAN HAMPIR RM100,000. KUCHING: - TopicsExpress



          

LORI TIGA TAN DICURI,SYARIKAT KERIGIAN HAMPIR RM100,000. KUCHING: Sebuah syarikat di Jalan Padungan di sini mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila lori muatan tiga tan dicuri di Jalan Pending, semalam. Insiden itu disedari pekerja syarikat berusia 26 tahun sekitar tengah hari. Turut dilarikan dokumen-dokumen penting milik pekerja tersebut dan beberapa barangan lain. Dalam kes berasingan, seorang pembantu jurujual membuat laporan polis setelah beg tangan yang diletakkan dalam bakul motosikal dirampas oleh suspek bermotosikal. Kejadian itu dikatakan berlaku pagi semalam di lampu isyarat berhampiran pasar lama Sungai Maong. Beg tangan itu dikatakan mengandungi wang tunai lebih RM800 dan dokumen peribadi. Sementara itu, seorang tukang gunting turut membuat laporan polis setelah mengesyaki telefon bimbit dan sejumlah wangnya dicuri oleh penyewa lain di Three Hills Park, Jalan Pending, semalam. Insiden kecurian itu dipercayai dilakukan ketika mangsa sedang mandi. Kesemua laporan polis telah diterima dan kes sedang disiasat. Sumber:Utusan Borneo
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 00:16:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015