~Lawatan ke Cape Town bersama Dato Syeikh Fuad - TopicsExpress



          

~Lawatan ke Cape Town bersama Dato Syeikh Fuad Kamaluddin~ Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang memulia dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki... Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menawarkan saya untuk turut serta di dalam rombongan Dato Syeikh Fuad ke bandar Cape Town di selatan South Africa. Mengikut cerita orang tempatan. Kira-kira 200 tahun dulu orang-orang MELAYU dan INDONESIA telah dihantar ke sini dan membawa ISLAM sekaligus ke sini. Jadi kami berhasrat untuk melakukan ziarah ulama, madrasah dan penempatan Islam disini. Alhamdulillah kami ke sini dari JOHANNESBURG menggunakan flight dan ambil masa kira-kira 3 jam. Dalam flight tu saya sempat mengislamkan seorang lelaki berkulit putih dari AMERIKA yang bernama Stephen Nelson berumur linkungan 50-an tinggal di Florida. Kemudian namanya ditukar menjadi Shafiq Nelson atas permintaannya sendiri. Shafiq pada mulanya duduk bersebelahan dengan saya dan bila dia lihat saya memakai pakaian sunnah, maka dia mula bercakap-cakap dengan saya mengenai agama. Dia beragama Kristian dan banyak mengkaji Islam sebelum ni. Cuma dia tak dapat penjelasan lebih tentang Islam sebab tak tahu nak tanya pada siapa. Jadi selama 3 jam dalam flight tu saya ceramah panjang pada dia tentang Islam dan satu persatu hujah KRISTIAN DIPATAHKAN oleh Allah MELALUI lidah saya dan KEBERKATAN Syeikh Fuad (wali-wali Allah ke mana sahaja mereka pergi akan membawa berkat dan membawa cahaya Islam) . Akhirnya sejurus kapal terbang mendarat, dia mengucap syahadah selepas benar-benar puas dengan jawapan dan hujah saya (dengan taufik daripada ALLAH SEMATA-MATA). Di Arrival, saya kenalkan dia pada rombongan dan dia ingin bersalaman dengan Syeikh Fuad. Dia berikan saya emel dan nombor telefonnya untuk berhubung pada masa akan datang. Sekarang kami di Hotel Hilton, Cape Town dan sedang menunggu kenderaan untuk ke destinasi lawatan. Doakan kami jadi asbab hidayat ke seluruh alam. note: Muslim sebenar itu umpama matahari, membakar diri untuk manfaat orang lain, ke mana sahaja ia pergi, kegelapan akan hilang, batil akan hancur. Muslim yang sebenar itu adalah wakil Rasulullah untuk bawakan cahaya agama ke seluruh alam. Maka beruntunglah umat Islam yang menjadi muslim sebenar.
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 07:11:22 +0000

Trending Topics



x; min-height:30px;"> Congratulations to Compton’s new City Councilman Isaac Galvan,

Recently Viewed Topics




© 2015