Masjid Merah merupakan tempat bersejarah dan terkenal di - TopicsExpress



          

Masjid Merah merupakan tempat bersejarah dan terkenal di salah satu sudut ibu kota Sri Lanka, Colombo.Masjid Jamek ul-Alfar dibina pada 1908 oleh komuniti Islam bagi memudahkan mereka menunaikan solat fardu dan Jumaat.Menurut fakta, masjid itu dibina hasil inisiatif para pedagang Islam dari India dengan kos pembinaan ditanggung oleh mereka sendiri. Hal ini dibuktikan dengan seni bina masjid dipengaruhi Moghul dan pengaruh Inggeris.Bentuk Masjid ini sangat unik dalam bentuknya yang sangat menarik kerana mirip sebuah istana kerajaan Moghul selain disaluti cat merah yang mendominasi warna premis berkenaan.Seperti lazimnya bangunan sebuah rumah ibadah, Masjid Jamek ul- Alfar juga dilengkapi dengan 14 menara yang berukuran sederhana dan kecil. Lokasinya yang berada di tengah pusat tumpuan komuniti Islam telah menjadikan kawasan sekitarnya bergema suara azan apabila tiba waktu solat.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 13:28:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015