PENERANGAN YANG MUDAH DIFAHAMI TENTANG BALA TPPA "Dalam mana-mana - TopicsExpress



          

PENERANGAN YANG MUDAH DIFAHAMI TENTANG BALA TPPA "Dalam mana-mana negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, diwujudkan sekatan perdagangan (trade barrier) bagi melindungi industri di negara tersebut. Jika kita tiada sekatan, sudah tentu industri tempatan akan bungkus. Umpamanya beras keluaran negara kita tidak akan laku kerana rakyat akan membeli beras Thailand yang lebih berkualiti walaupun pada harga yang lebih murah atau setanding. Akhirnya, penanam padi Malaysia akan menderita kerana padi tidak laku. Ini juga akan berlaku pada sektor-sektor yang lain. Bagi negara maju seperti US, mereka sudah tentu tidak senang dengan sekatan-sekatan perdagangan sebegini kerana mereka tidak dapat menjual produk mereka di negara lain secara meluas. Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak mengamalkan sekatan perdagangan. Mereka ibarat ketam mengajar anak berjalan. Satu agenda tersirat paling besar US melalui TPPA adalah mengekang ekonomi China yang kini pesat berkembang. US tahu bahawa China pada suatu masa nanti akan mencapai tahap kecekapan pengeluaran yang lebih tinggi berbanding dengannya. Justeru, US mahu menguasai perdagangan dengan negara-negara seperti Malaysia agar ekonomi kita berkiblatkan US dan bukannya China. Ini adalah untuk survival ekonomi US sendiri." - Hasbie Muda
Posted on: Tue, 13 Aug 2013 22:32:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015