PERKESO lancar operasi majikan gagal carum 1 - TopicsExpress



          

PERKESO lancar operasi majikan gagal carum 1 September 2013/07/02 Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melancarkan kempen penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap majikan yang gagal mendaftar dan mencarum bermula 1 September ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk K Selvarajah, berkata tarikh akhir untuk mendaftar adalah 1 September, selepas itu tindakan akan diambil terhadap mereka yang gagal untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, PERKESO akan memulakan program pendidikan keselamatan sosial selama dua bulan bermula bulan ini untuk mewujudkan kesedaran di kalangan majikan mengenai faedah dan jenis perlindungan ditawarkan kepada pekerja mereka. Dalam masa dua bulan ini, kita tidak akan mengambil tindakan terhadap majikan jika mereka secara sukarela mendaftarkan pekerja mereka dengan PERKESO sebelum tarikh akhir itu, katanya selepas melancarkan Program Keselamatan Sosial Tanggungjawab Bersama di sini semalam. Program itu adalah sebahagian daripada Ops Kesan Perkeso 2013 yang diadakan bertujuan mengesan majikan yang gagal mendaftar, mencarum dan melindungi pekerja mereka PERKESO. 300 pegawai bertugas Katanya, kira-kira 300 pegawai akan pergi dari pintu ke pintu premis untuk mengenal pasti majikan yang gagal mendaftar, mencarum dan melindungi pekerja mereka dengan PERKESO. Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO. Majikan mesti mendaftar dengan PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja pertama diambil bekerja. Kegagalan mematuhinya, majikan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda yang boleh mencecah RM10,000 atau kedua-dua sekali. Sehingga Mei 2013, 6.6 juta pekerja aktif dilindungi Skim Keselamatan Sosial disediakan PERKESO, dengan 431,000 majikan mencarum kepada skim itu. Selvarajah berkata, sebanyak 5,110 majikan dikenakan tindakan undang-undang sepanjang tahun 2012.BH
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 01:54:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015