Permohonan Alvin, Vivian 31 Oktober Kuala Lumpur: Permohonan - TopicsExpress



          

Permohonan Alvin, Vivian 31 Oktober Kuala Lumpur: Permohonan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan dihadapi mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, 31 Oktober depan. Tarikh ditetapkan Timbalan Pendaftar Noor Aini Yusof selepas bertemu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Nur Adilah Kamarzaman di dalam kamarnya, semalam. Menurut Nur Adilah, kes akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim. Pada 18 Julai lalu, Alvin atau Tan Jye Yee, 25, dan Vivian, Lee May Ling, 24, didakwa atas tiga tuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan di laman sosial Facebook (FB).HM
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 02:46:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015