SEBAHAGIAN DARIPADA KEJAYAAN, INOVASI DAN TRANSFORMASI JAKIM - TopicsExpress



          

SEBAHAGIAN DARIPADA KEJAYAAN, INOVASI DAN TRANSFORMASI JAKIM SEPANJANG 2013 1. Jakim menjadi badan persijilan pertama di dunia yang mengguna dan mengesahkan pengeluaran produk farmaseutikal berdasarkan standard farmaseutikal Halal pertama dunia, MS2424:2012. 2. Perhimpunan Perdana Ulama’ dan Umara’ dan Imam bersama YAB Perdana Menteri yang menghimpunkan 10,000 orang seluruh Malaysia 3. Jakim melancarkan penggunaan teknologi ‘Near Field Communication’ (NFC) melalui aplikasi ‘Halal Square’ dan rangkaian sosial ‘Halal Inside’,yang membolehkan umat Islam mengesan restoran yang memiliki sijil halal yang dikeluarkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melalui telefon pintar. 4. Aplikasi Mobile myJakim mendapat Anugerah ‘Best Mobile App’ Anjuran FutureGov Bersama MAMPU dan MOSTI 5. Pelancaran Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPI) versi 3 6. Tahun 2013 mencatatkan peningkatan 80.3% jualan buku terbitan Jakim berdasarkan bilangan naskhah buku iaitu sebanyak 5,666 naskhah terjual berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,142 naskhah. 7. Jakim mendapat tempat ketiga Gerai Terbaik bagi kategori kerajaan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 Kali Ke-32 yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula dari 26 April hingga 4 Mei 2013. 8. Penerbitan 10 buah buku dan majalah Braille diterbitkan oleh Jakim antaranya ialah Majalah Pendidik, Panduan Puasa Ramadan, Penjelasan Istilah yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, Isu semasa: Penjelasan dan Ciri-ciri Utama Ajaran Sesat, Asas Rujukan dalam Bidang Akidah dan sebagainya. 9. Pelancaran Kad Sahabat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) 10. Pelancaran logo rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) dan Setem korporat pada 28 Jun 2013 di Masjid Putra, Putrajaya 11. Kerjasama strategic penempatan silang Jakim dan SPRM 12. Shautul Mizan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) memenangi Johan Pertandingan Nasyid & Marhaban sempena Festival Ramadan yang telah diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 13. Perlantikan 2 orang Felo Fatwa 14. Forum Perdana Hal Ehwal Islam kerjasama Jakim dan pejabat KSN 15. Pelancaran Buku ’Mengenal Hakikat Syiah’ 16. Pelancaran Dokumentari Jejak Ulama Nusantara 17. Jakim telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi Anugerah Inovasi JPM (AIJPM) 2013 bagi Kategori ICT melalui tajuk projek ‘e-Halal’ 18. Jakim telah memenangi tempat ketiga melalui projek “Zakat Drive Thru Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin”. 19. Jakim juga telah memenangi Anugerah Pencapaian Pengurusan JPM melalui Anugerah SPP II Champion 20. Membangunkan Laman portal e-familyexpert 21. Menaikkan gred Skim Pegawai Tadbir Agama Daerah dari Gred S41 ke 44 dan 48. 22. Masjid Putra, Putrajaya telah diiktiraf dan dianugerahkan pensijilan amalan berkualiti 5S oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. 23. Pelancaran Kempen “Sah Nikah, Sah Nasab” 24. Pelancaran e-ikhtisas Jakim 25. Pelancaran Modul Kaunseling Syarie 26. Membangunkan Standard Kualiti Pengurusan bagi pusat latihan dan akademik 27. Contract for service untuk seramai 44 orang kakitangan di Bahagian media 28. Contract for service bagi 37 orang pensyarah dan kakitangan sokongan IKMAS dan IPDAS 29. Pelaksanaan Skim Pembiyaan Hafiz (SPH) kepada pelajar di peringkat Ijazah pertama dan ijazah lanjutan yang mempunyai sijil/diploma tahfiz. 30. Pelancaran Buku Kompilasi Persidangan Undang-Undang Syarak dan sivil 31. Membangunkan kriteria perlantikan imam di masjid-masjid utama negara 32. Membangunkan modul untuk peningkatan kompetensi PHEI : i. Modul Bantuan Kendiri ii. Modul Pengurusan Halal iii. Modul Sijil Tinggi Pengurusan Fatwa iv. Modul Sijil Tinggi Falak Syarie v. Modul i-Qawwiy al-Amin 33. Jakim melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah berjaya menyediakan draf Rang Undang-Undang Hibah untuk dijadikan model bagi Wilayah Persekutuan yang telah dibentangkan dalam persidangan undang-undang Syarak dan Sivi 34. Pelancaran Halal Verified Engine (Hve), system pengesan halal terbaik di dunia 35. Jakim dianugerahkan sebagai SME Sahabat Negara Award 2013 oleh SMI Association of Malaysia.
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 03:15:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015