Salam semua. Alhamdulillah mesy pertama Majlis OKU kebangsaan - TopicsExpress



          

Salam semua. Alhamdulillah mesy pertama Majlis OKU kebangsaan berjalan dengan lancar semalam. Dari 9.30 pagi hingga 1.30tgh kelamkabut nak bincangkan banyak isu dari pendidikan ke pengangkutan ke pekerjaan. Alhamdulillah YB Menteri sangat enthusiastic ttg programs utk OKU. Dia berjanji akan adakan retreat untuk Majlis ini untuk bincangkan isu secara mendalam, jom kita doakan YB Menteri diberikan kesihatan dan kelapangan masa untuk adakan retreat ini. Saya lihat banyak program utk OKU yg sudah dimulakan tetapi tidak diwar2kan kepada warga Msia. Bila tidak diwar2kan, warga salah faham dan fikir kerajaan tidak pedulikan nasib OKU. Jadi dari segi komunikasi ini perlu dipertingkatkan. Having said this, banyak lagi yang boleh dan perlu dijalankan. InsyaAllah inilah tugas 10 org ahli Majlsi yang dilantik, iaitu menjadi channel untuk menyalurkan keperluan OKU kepada kerajaan dan sama2 memikirkan strategi untuk membina masa depan yang lebih cemerlang utk OKU. Ahli2 majlis dari kerajaan pun saya lihat 1. mereka faham ttg isu2 2. they are willing to listen and learn 3. they are passionate about OKU 4. they are willing to work for OKU. Alhamdulillah, firasat saya sangat positif, kita akan mampu mengorak langkah yang memberi manfaat kpd OKU. Antara isu yang saya bangkitkan semalam 1. Akses & equiti OKU terhadap pendidikan 2. nasib guru2 PDK 3. Kepentingan R&D dalam bidang ini. He he tak boleh nak monopoli mikrofon kan, perlu beri peluang kpd yg lain juga. Tahniah kepada YB Menteri Dato Hajjah Rohani, kai pertama mempengerusikan mesy Majlis, jelas kelihatan keikhlasannya, prihatinnya dan kesanggupan untuk berusaha keras.
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 00:04:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015