Sebenarnya Sharp Aquos ini saya beli untuk menggantikan CRT TV - TopicsExpress



          

Sebenarnya Sharp Aquos ini saya beli untuk menggantikan CRT TV yang dah lama. Tambah lagi dengan EURO yang tengah berlangsung sekarang memang masa terbaik untuk tukar TV lama, baru lebih syok layan bola kan. Kenapa beli TV LED bukan LCD TV? Sebenarnya saya telah buat sedikit research dari google sebelum membelinya. LED maksudnya Light Emitting Diod. Kelebihannya mempunyai backlight yang membolehkan LED TV menjadi lebih terang dan yang penting sekali ia jjimat eletrik berbanding LCD TV. Dengan harga yang mampu milik iaitu RM899 bersamaan warranty selama dua tahun sudah memadai. Kenapa memilih brand Sharp bukan Samsung? Sharp seperti yang kita sedia maklum adalah peneraju skrin besar dan jenama TV No 1 di Jepun. Walaupun Samsung sekarang aktif mengeluarkan TV namun saya masih memilih Sharp berdasarkan komen yang positif. Dari segi berat LCD & LED TV adalah tidak jauh bezanya iaitu ianya sangat-sangat ringan. Katakanlah anda berpindah rumah maka tidaklah anda mengangkat TV yang sangat berat macam CRT TV atau Plasma TV. Zaman sekarang pengguna semua hendak membeli peralatan yang ringan. Maka bonus untuk kita memilih LCD atau LED TV. Keseluruhannya saya berpuas hati dengan Sharp Aquos dan semoga panjang hayat beliau bersama saya.
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 20:26:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015